Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

bisnes shaklee


Shaklee Fun Day | Memang betul-betul seronok sangat sebab pelbagai ‘hadiah’ yang ditawarkan! Bukan untuk Ahli Shaklee sahaja, malah untuk daftar ahli baru pun banyak sangat gift ditawarkan.

Kisahnya Shaklee tiba-tiba buat suprise dengan program FUN DAY. Buat mereka yang buat Bisnes Shaklee event macam ni lah yang paling dinanti-nantikan.
Sebab Apa?

Sebabnya kali ni bukan sekadar ada giveaways yang banyak bagi setiap pembelian tapi siap ada potongan harga sehingga 40% lagi. Iye, Shaklee sangat-sangat jarang buat potongan harga ni. Bagaikan once in a blue moon la bila ada buat potongan harga sehingga 40% ni.

Walaupun Gie tak dapat nak Join secara dekat dan hadir ke Branch Shaklee, tapi tak bermakna Gie tak boleh join Shaklee Fun day ni. Boleh je order direct dengan staff Branch. Tapi untungnya Team YMS, Master Wan Muliani wakil YMS pergi Branch KB pada hari tersebut. Untung bila ada dalam circle bisnes yang betul kan!


cara jadi ahli shaklee
Suasana riuh-rendah FUN DAY di Shaklee Kota Bharu

Yang mana Special Promo 40% tu?

Untuk potongan 40% ni Shaklee jadikan sebagai Special Promotion sepanjang hari Fun Day ni. Antara produk yang dapat 40% ni ialah Youth Night Cream. Tapi kuantiti sangat limited. Selebihnya ada potongan 5% untuk Youth Oil Cleanser dan Youth Skin Toner. Manakala untuk 10% bagi pembelian Youth Set Cleanser, Toner dan SPF. Yela dah nak raya ni kan? Ramai sangat order untuk kelihatan lebih cantik di hari raya nanti.


Kelebihan ahli baru yang daftar hari itu:-


1. Ahli baru akan menerima hadiah ekslusif dari Shaklee. Daftar ahli rm 35 je. Belian 100uv akan menerima umbrella Shaklee. Harga biasa kalau nak beli rm 28.


2. Boleh try minuman Cinch yang berbagai rasa iaitu flaver Vanilla, coffee Latee dn Choclate.


3. Dapat pemeriksaan Kesihatan dan Konsultasi percuma oleh pakar Nutritionist Shaklee


4. Setiap pembelian 100UV akan menerima 1 gift. jika beli 500UV dapat 5 gift, Memang bestkan. Siapa yang hadir hari tu memang tak balik dengan tangan kosong.


Kelebihan bagi Ahli lama:-


1. Jika kita membawa ahli baru masa itu, Shaklee akan memberi kita gift yang sangat menarik. Gift sangat terhad siapa cepat dia dapat. Antara hadiah yang menarik seperti Pouch Shaklee, Note Book Shaklee, mug . beg dll.( rujuk pada poster di atas)


2. Setiap pembelian 100uv akan menerma 1 gift, Lebih banyak kita beli masa tu lebih banyak gift yang kita akan dapat.


3. Di event itu kita akan bertemu dengan downline, sideline dan Master-Master yang hebat untuk kita dapatkan pengalaman mereka.


4. Selain dari kita dapat rasa air minuman Cinch, Kita juga di hidangkan dengan air Performance Drink. Memang terbaiklah dapat menghilangkan dahaga dan memberikan tenaga tambahan.


4. Special Youth promo juga ada. Banyak sungguh diskaun yang best-best.






youth shaklee



Sales RM30,000++

Alhamdulillah, sepanjang FUN DAY Shaklee yang berlangsung dari pukul 12 tengahari sehingga 6 petang keseluruhan Sale pada hari tu saje adalah sebanyak tiga puluh ribu lebih. Memang best sangat feeling dia. Meriah betul team YMS duk update sale memasing. Tak Sangka sale pada hari tu Lebih RM30K.

Inilah salah satu Keistimewaan Bisnes Shaklee untuk pengetahuan uols. Berminat dengan bisnes Shaklee, jom contact Gie tau. Klik je link Whatsapp kat bawah. 

#Blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee

Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Giefauziah

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
10 Keburukan Intermittent Fasting (IF) yang korang perlu tahu | Sebelum korang terjebak ngan Internmittent Fasting ni Gie nak share dengan korang apa yang korang perlu tahu tentang diet IF. Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”. Taknak cakap panjang-panjang, boleh singgah posting Gie sebelum ni tentang Intermittent Fasting ni.

Intermittent Fasting


Bila Ramadhan nak dekat dah, orang ramai yang tahu buat IF dah mula kickstart program depa sendiri. Team Gie sendiri pun ada group sokongan IF. kalau korang nak join boleh contact Gie. okay😊

Tapi sebab baru-baru ni taktau mana mari post viral pasal keburukan IF, makin ramai pulak nak mencuba. Kita tak kisah pun, malah kita berterima kasih, sebab mempopularkan IF itu sendiri. Manusia ni bila sesuatu yang curious dan pelik, itulah dia lagi nak cuba. Apa salahnya. Benda menyihatkan badan.

10 Keburukan Intermittent Fasting sebelum korang cuba diet IF ni.

Kemungkinan korang tak sesuai dengan diet ni.


testimoni IF

1. IF menghapuskan LEMAK dengan banyak

Sekiranya korang melakukan IF dengan kerap, korang akan menghapuskan lemak dengan banyak yang ada di tubuh korang sekarang ni. Kalo korang selesa dengan tubuh gemuk gedempol ia akan jadi masalah..hehhehe memang ada kan orang suka badan macam tu. Seperti gambar di atas dari peti ais dah jadi model kat ofis 😅

2. IF takkan MENGGEMUKKAN korang selamanya

Perubahan dengan gaya IF tidak akan buat korang jadi gemuk selamanya. Korang akan menjadi susut dan semakin susut hari demi hari. sekiranya korang jadi IF itu sebahagian gaya hidup korang.


3. METABOLISME tidak menurun

Mereka yang melakukan IF tidak akan menambah lemak badan tetapi mantapkan lagi otot kerana IF tidak akan menurunkan kadar metaboslime badan.

4. TERPAKSA beli baju baru


Sekiranya korang melakukan IF selama 3 bulan berturut-turut secara konsisten, korang terpaksa membeli pakaian baru. Baju baru, Seluar baru dan kasut baru kerana badan semakin mengecil dan kurus. Ini dah jadi 1 pembaziran kan. Mesti sayang baju yang size XXL tu kan. hehehe

5. KORANG jadi RETIS


Mereka yang buat IF selama 3 bulan atau lebih korang akan jadi perhatian masyarakat kerana korang akan nampak kurus, nampak muda macam retis uols. Ini akan jadi masalah bila dah glamour. Betul tak!


10 kesan buruk IF



6. TAK BOLEH makan kerap

Sekiranya korang buat IF paling tak best sebab korang takkan dapat makan dengan kerap. Ia mesti mengikut waktu yang telah ditetapkan. Jika korang mempunyai selera makan yang sentiasa nak makan semestinya ia akan jadi masalah besar dengan gaya hidup sebegini. apamacam nak join tak!

7. Bebas dari PENYAKIT KRONIK

IF akan membuatkan korang lebih sihat dan jauh dari penyakit kronik seperti Darah tinggi, Kencing Manis dan penyakit sekular lain. Ini kerana gaya pemakanan IF akan membakar lemak visceral, memulih sensitivity insulin dan menurunkan paras kolestrol secara semulajadi. Ada kajian menyatakan puasa boleh mengelakan penyakit nyanyuk seperti alzheimer.


kesan IF pada penyakit


8. Korang TERPAKSA AKTIF

Mereka yang melakukan IF lebih bertenaga dan tak mengantuk kerana tenaga yang dihasilkan oleh lemak 3x lebih efektif dari tenaga yang dihasilkan oleh makanan. Ia akan membuatkan korang semakin aktif. Ini akan jadi masalah besar sekiranya korang suka bermalasan, tidur.

9. DOMPET Tebal

Mereka yang buat IF, dompet mereka akan tebal kerana wang takkan habis kerana makan. Terutamanya yang buat OMAD hanya makan 1x je sehari. Bagi korang yang banyak duit suka makan mewah banyak kali, haish duit tak luak susah jugak kan. hahaha

10. SENTIASA nak buat lagi dan lagi

Mereka yang buat IF akan sentiasa nak buat IF kerana ia sangat mudah dan tak memerlukan kos yang tinggi. Intermittent Fasting merupakan satu gaya hidup pemakanan. IF 4 Life gituwww...


Apa macam korang nak cuba tak Intermittent Fasting ni. Gie sendiri akui kerana IF lah derita GERD yang Gie alami bertahun sudah hilang. Semuanya bermula dengan pemakanan tau. Penyakit pun bermula dari dalam PERUT. Perut SIHAT, BADAN sihat. Ni tak, pagi kedarah nasik lemak, tengah hari nasi berlauk penuh pinggan, petang hentam pisang goreng, malam kueytiaw kerang, sebelum tido pekena biskut hap seng cicah kopi O. Perut belajar. Bila tak dapat, dia merajuk.

Penyakit yang singgah tu semua berpunca dari pemakanan kita yang ntah apa-apa sekarang ni. Cuma ramai yang takut bila buat IF dia akan gastrik. Dia kata puasa Ramadhan atau Sunat, takde masalah sebab makan sahur. Ini sebab takde sahur, takde benda masuk perut, nanti lapar.

Malahan sebenarnya, dia tak tau Sains sebenar berkenaan Intermittent Fasting. Apabila kita stick kepada satu rutin berpuasa yang agak tetap, kita akan train hormon Ghrelin supaya tidak dirembeskan terlalu kerap. Hormon Ghrelin inilah yang akan trigger perut jadi berkeroncong untuk signal kita supaya makan.

Lagi kerap kita berlatih puasa, lagi kuranglah signal Ghrelin itu akan dikeluarkan sehingga kita tak berasa lapar teruk walaupun sudah 16 jam tak makan.

Tapi kalau kita betul-betul berdisiplin, buat IF dengan konsisten, korang akan dapati pedih perut tu sebenarnya mainan hormon semata mata. Tak percaya, sendiri terai acu test.

Dalam mengamalkan Intermittent Fasting suplemen amat membantu Gie sendiri. Sebelum ni Gie pernah share tentang suplemen amat membantu dalam diet IF ni. Semestinya Shaklee adalah Suplemen Terbaik yang menjadi pilihan Gie, yang sudah consume lebih 11 tahun.

Info Credit Azril Nizam Jamaludin

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Giefauziah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Shaklee Suplemen terbaik di Malaysia | Jua dihati saya. Kenapa Gie cakap suplemen Shaklee adalah terbaik. Salah satunya suplemen Shaklee lebih 60 tahun bertapak di negara kita, Malaysia dan ia sudah berusia lebih 100 tahun di pasaran dunia.


“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ” Dr. Forrest C. Shaklee - Pengasas, Shaklee Corporation




SEJARAH

Dr. Forrest C. Shaklee merupakan orang penting dalam kewujudan produk Shaklee ini. Tanpa beliau mungkin produk ini tidak tercipta. Beliau telah menciptakan "Shaklee's Vitalized Minerals" pada tahun 1915. Bermula tahun 1956, beliau telah mengasaskan Shaklee Corporation dengan dibantu oleh dua orang anaknya dalam menghasilkan produk nutrisi suplement. Ya, pada tahun tersebut merupakan permulaanera Shaklee ini.


Produk Shaklee telah berkembang secara meluas dan mula bertapak di beberapa buah negara iaitu Canada, Japan, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia.


Okay rasaya cukup sudah mengulas tentang sejarah Shaklee ini. Berbalik kepada tajuk utama:


Kenapa Gie Pilih Shaklee? Sedangkan ada banyak suplemen lagi diluar sana yang lebih murah dan dikenali.


Jom kita semak satu- satu. 

⁣

✨ Kualiti ⁣

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.⁣

⁣

✨Semulajadi⁣

Terdapat banyak produk diluar sana yang dijual adalah sintetik, ini kerana kos untuk pembuatan dan sumber bahan semulajadi sangat mahal. Macamana nak tahu vitamin anda semulajadi atau sintetik? cek vitamin anda, jika ada silica gel atau biji biji putih dalam vitamin anda itu petanda ia adalah sintetik. Bahan natural tidak memerlukan silica gel itu untuk tahan lebih lama.⁣

⁣

✨ Harga⁣

Kos pembuatan dan bahan mentah semulajadi lebih mahal, no wonder vitamin sintetik lebih murah berbanding produk natural.⁣

⁣

✨ Keselamatan⁣

Vitamin sintetik sukar larut dalam badan maka ia memberi efek pada kesihatan dalaman kita berbeza dengan produk natural ia lebih mudah diserap dan selamat untuk diamalkan dalam masa jangka panjang.⁣


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan kerana produk tersebut sentiasa selamat, sentiasa bekerja dan sentiasa hijau dalam kehidupan kita.


Semua orang memerlukan kesihatan yang baik untuk melakukan kerja setiap hari. Tanpa kesihatan yang baik semua pekerjaan yang kita lakukan kurang sempurna berbanding kita memiliki kesihatan yang sangat baik. Mari kita ramai-ramai kenali vitamin shaklee yang bagus untuk kesihatan ini.


Keistimewaan Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan

Shaklee Sentiasa Selamat

Lebih daripada 80 ribu ujian kualiti dijalankan dalam setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar dan lebih daripada 350 ujian terhadap ramuan botanikal baru bagi pencemaran logam berat, racun serangga dan lain-lain.


Shaklee Sentiasa Bekerja

  1. Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
  2. Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  3. Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat didalam 90 bahan kajian penerbitan.
  4. Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen produk ini memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.

Shaklee Sentiasa Hijau

Shaklee menggunakan bungkusan yang bebas dari bisphenol -A, phthalates dan toksik dakwat.


⁣Sebelum Gie pernah share tentang Internmittent Fasting dan Set Kurus Shaklee yang Gie konsisten amalkan sampai sekarang. Hampir 11 tahun mengamalkan suplemen terbaik dan sudah tentu banyak kesan yang positifnya. Di antaranya Gie sendiri yang mempunyai masalah 'GERD' dan dengan suplemen terbaik inilah Gie telah pulih dari masalah GERD. Terutamanya ESP Shaklee memang takleh miss. 


Supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.

Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.


Shaklee adalah pilihan suplemen terbaik bagi keluarga Gie. Apakah pilihan Suplemen Terbaik anda? 


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

SET HELLO NEW YOU SHAKLEE UNTUK KURUS SEBELUM RAYA| Bila sebut raya semua nak kelihatan cantik. Betul tak? Nak baju serba baru, nak rumah kelihatan baru. Dan paling disukai wanita adalah offcourse nak diri kelihatan cantik. Ada ke wanita yang taknak cantik, maybe ada tapi 1 dalam sejuta kot..hihihi. Memang dah lumrah wanita dengan kecantikan.

Time raya tulah kita akan jumpa sanak saudara. Kan? ada yang jumpa setahun sekali pun ada. Time rayalah masa nak kunjung mengunjung sanak saudara yang jauh. Pernah tak kena kena tegur dek saudara, makin sihat kau ye, eh makin berisi kau. Haish, rasa taknak dengar perkataan tu tahun ni... Macam Gie sendiri dah set target raya tahun ni nak lose 10kg. Gie yakin pada diri akan berjaya sekiranya konsisten dengan Set Puasa Shaklee. 

Dengan Kombinasi Internmittent Fasting (IF) dan pengambilan Set Kurus Shaklee pasti Gie berjaya capai target tersebut. Alhamdulilah sekarang konsisten amalkan IF, Gie dah berjaya lose 5kg. Walaupun makan tak eat clean, Gie masih lagi makan makanan favourite seperti nasi berlauk, kuih dan kek. Tapi bukanlah setiap hari. Biasanya hujung minggu Gie akan makan makanan favourite. Yang pastinya konsisten buat IF setiap hari. 

Gie nak share tentang Set Puasa Shaklee yang mana sangat membantu kurus dengan cara yang selamat. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, produk shaklee adalah natural sangat membantu improve kesihatan kepada lebih baik. Bukan sahaja dapat berat yang diidamkan malah kesihatan bertambah baik. InshaAllah.


set kurus shaklee


Ada apa dengan Set Hello New You Shaklee. Set kurus Shaklee adalah gabungan beberapa produk yang membantu puasa dengan lebih bertenaga dan pada masa yang sama menurunkan berat badan serta inchloss. Didatangkan dengan Protein Cinch Shake, Lecithin, Omega dan Herb Lax. Paling Best setiap pembelian set kurus ni anda akan menerima satu tong Cinch shake perisa chocolate PERCUMA. Khas untuk pembelian Set Hello New You Shaklee sahaja tau. Malah setiap pembelian ini akan dapat 1 botol shaker yang sangat exclusive, penghantaran ke pintu rumah secara percuma dan keahlian percuma. Untungkan! sangat untung kerana anda JIMAT RM299.50. Untuk maklumat selanjutnya boleh berhubung terus dengan Gie melalui Whatsapp Shaklee Kuala Terengganu.


Okay, Gie share serba sedikit info tentang setiap produk dalam Set Hello New You Shaklee.


1. CINCH SHAKE



Protein Shake adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut. Ia kaya dengan protein dan kalsium. Ia mengandungi serat yang tinggi iaitu 6gram setiap hidangan dan paling penting ia tanpa kolestrol. Antara manfaat yang lain adalah:-

  • Mengawal berat badan
  • Mengekalkan jisim atau menguatkan otot
  • Individu yang berpuasa untuk mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang
  • Bermanfaat untuk detoks
  • Mereka yang sedang dalam regim kecergasan
  • Sajian selepas bersenam yang cepat dan berkhasiat
  • Dipertingkatkan dengan leusina untuk membantu membina dan mengekalkan otot bagi mencapai berat badan yang lebih sihat.

2. OMEGA GUARD
kurus dengan omega


Omega Guard Shaklee adalah  Minyak Ikan Berpekatan Tinggi. Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 1080mg Omega-3 (540mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh). Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuardTM menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PCBs dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir. Antara manfaat yang lain adalah :-

  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak
  • Mengawal paras lemak yang sihat
  • Meningkatkan rasa kenyang
  • Meningkatkan paras insulin yang sihat
  • Mengurangkan tekanan
  • Memelihara tekanan darah yang sihat serta pelihara saluran darah daripada tersumbat


3. LECITHIN

lecithin bantu kurus

Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya. Lecithin adalah bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan dan boleh didapati dalam makanan seperti kuning telur, kacang soya dan organ haiwan. Lecithin mengandungi kolin (cholin), iaitu nutrien yang penting untuk mengawal atur fungsi utama badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Detail tentang lecithin boleh ke posting Gie sebelum ni Wajib ambil Lecithin. 


4. HERB LAX
set kurus shaklee

Rasa Tersekat? Seringkali, kita akan mengabaikan pengambilan serat dan air secukupnya terutama ketika musim perayaan ini. Jangan risau, kerana Herb lax adalah campuran proprietari yang termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan pengambilan serat dan air yang rendah. Antara Manfaat lain herblax adalah :-

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.


Haaa, nak berjela-jela mengarang tentang Set Hello New You Shaklee mestilah nak tahu apa feedbacknya. Cakap - cakap kosong mana ada nak layan, nak percaya kan! Gie pun sama jugak, sebelum cuba apa-apa produk mestilah nak tahu sejauh mana keberkesannya..


Mula-mula Shaklee announce tentang Set Kurus Shaklee ni, paling WOW skali bila tengok testimoni rakan Shaklee. Nah, Gie share beberapa testimoni untuk tatapan. 


testimoni set kurus shaklee


testimoni set kurus shaklee

testimoni kurus dengan shaklee

WOW kan! ni adalah testimoni terkini tau, bukan gambar lama. Alahai geram tengok kualiti gambar yang ku ambik.Tak pandai bab mengedit. Hahhaha, apalagi nak tunggu. Jom join Gie Kurus sebelum raya dengan set kurus Shaklee. Untuk pengetahuan, team Gie pun ada buat Group khas untuk Internmittent Fasting (IF). Special untuk ahli yang berdaftar untuk team Gie sahaja. Contact me okay 😊



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Duit Raya Awal Shaklee | Bila sebut Duit Raya takde orang tak excited kan! Lebih-lebih lagi anak-anak. Tak sabar nak raya, nak kumpul duit raya. Bagi parent pulak semestinya nak sediakan yang TERBAIK untuk menyambut hari Raya. Yelaa, raya setahun sekali je.

Tapi tahun 2023 kemungkinan ada sedikit cabaran buat parent dalam menyediakan persiapan yang terbaik untuk keluarga. Mana taknya. Bukan setakat persiapan raya kena sediakan, malah kena add on persiapan persekolah lagi. Bulan 3 kena sediakan persiapan untuk menyambut persekolahan bagi sesi 2023/2024 dan menyambut ramadhan serta aildilfitri.

Macam Gie dan suami sendiri, memang amat terasa dengan menguruskan bajet kali ni. 4 orang anak Gie semua bersekolah. Sorang tadika, 2 orang sekolah rendah dan seorang sekolah menengah. Bila dihitung bajet takyah cakaplah memang bikin pening kepala. Apatah lagi kita ni berada digolongan M40. Golongan Marhean la katakan😅.

Alhamdulillah, syukur 10 tahun yang lalu ditemukan dengan bisnes Shaklee. Walaupun bisnes Shaklee hanya side income / part-time namun Gie sudah perolehi income sebanyak 200K sepanjang 10 tahun bersama Shaklee. Bulan Februari yang lepas Gie telah dijemput untuk menghadiri satu event Shaklee yang mana khas untuk Business Leader sahaja. Rasa Bertuah sangat kerana berapa dalam circle tersebut.

Shaklee telah membayar RM372 Juta kepada SID dalam tempoh 3 tahun. Awesome sgt kan!

Untuk pengetahuan, Shaklee tanpa gagal membayar bonus kepada SID yang layak menerima bonus setiap 14hb setiap bulan tau. Tahun ni kita bakal menyambut aildifitri pada 22 April 2023, insyaAllah dan semua SID Shaklee akan menerima bonus pada 14 April 2023 iaitu 1 minggu sebelum ketibaan syawal.  Sempat sangat nak sediakan persiapan untuk syawal kan!.

NOW, Gie nak ajak anda yang sedang runsing memikirkan bajet raya tahun ni join PROJEK DUIT RAYA dengan team Gie. Semestinya ramai parent sudah menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Duit Raya 2023

Sebelum ni Gie pernah share tentang Set Puasa Shaklee didalam posting sebelum ini. Tahu Tak, anda boleh jana income dengan Set Puasa Shaklee 1-2-3. Anda bukan sahaja menerima manfaat dengan set puasa tersebut malah anda membantu orang lain menerima manfaat yang sama. Bukankah itu satu ibadah? malah anda menerima income tambahan dengan tersebut. 

Cara dapat Duit raya 2023

Bestnya kalau dapat duit raya RM1000 Kan! Mesti melompat gembira dan syukur! Banyak benda boleh buat, persiapan raya, boleh beri lebih pada mak ayah dan anak-anak! Boleh beli baju raya idaman! Syokknya.. 

Untungnya sekiranya anda join group kami, anda tak perlu pening kepala. Semua disediakan. Tips marketing dan strategik disediakan! Anda hanya perlu BUAT sahaja. Tunggu apa lagi, sekarang hubungi Gie untuk tindakan selanjutnya. Hanya klik link ni Giefauzieyah terus ke talian Whatsapp Gie.

Sepanjang lebih 10 tahun Gie dengan shaklee, paling membahagiakan adalah duit bonus kami dapat awal. Mudahnya bisnes Shaklee kerana anda tak pening kepala, kerana anda boleh mula dengan :-
  • Tanpa modal
  • Tanpa pegang stock
  • Tak perlu handle postage
  • Tak pening materials sebab semua provided!
Just kena rajin dan betul betul nak sahaja kan? Team Gie pun tak kurang hebat memasing share tentang peluang nak bantu lebih ramai jana Duit Raya Awal Shaklee.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee #1 Sahur Simple Zat Padu | Senang aje dengan Puasa 1-2-3 Set Shaklee. Jalankan Ibadah puasa dengan sihat dan bertenaga.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadan balik. Bila Ramadan menjelma, selalunya Ibu adalah orang yang paling sibuk sekali. Gie pun mengalami perkara yang sama. Bila hampir je Ramadan, ibu ibu mesti sibuk nak fikir apa menu untuk bersahur, apa menu berbuka dan macam-macam lagi lah. Fikir menu untuk suami dan anak-anaklah utamanya. Tapi bagi Gie sekeluarga, menu sahur kami biasanya sangat simple, semasa sahur memang tak ambik makanan berat. Kami selalu bersahur dengan Set Puasa Shaklee je. Berbuka pun mudah je. Tapi bila anak-anak berpuasa wajib beri perhatian untuk pastikan mereka kekal cergas, aktif sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.




Tapi bagi sesetengah orang bulan puasa bagaikan mimpi ngeri. Bukan tak suka puasa tapi disebabkan masalah kesihatan. Contohnya seperti orang yang ada masalah Gastrik / GERD. Pernah dengar tak? Gie nak cerita pengalaman Gie yang pernah mengalami masalah GERD.

GERD! Erti kata lain pedih ulu hati,orang tua cakap penyakit angin. Gastrik pulak adik beradiknya. GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus. GERD atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia – dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa.


Bila silap makan kekadang tak tunggu masa yang lama GERD tu boleh serang. Gie pernah alami pengalaman diserang GERD kat office. Makan benda simple je. Minum air nescafe susu cicah dengan biskut jagung. Tak sampai 1 jam,bahagian tengah dada bagai ditusuk-tusuk. Dalam tengkuk rase macam ada sesuatu yang tajam. Ya Allah, hanya tuhan je tahu rase pedih, dada seakan sempit. Macam tulah rasa pedih ulu hati. Semuanya bermula dengan corak pemakanan. Dan Gie sendiri alami GERD  ketika mengandung anak no.2 hinggalah mengandung anak ke 4. Dan paling teruk ketika mengandung anak ke 4.

Ingatkan time mengandung je kena. Tapi sekarang bila makan sesuatu yang tak kena,ia kembali. Fikir-fikir kenapa Gie boleh terkena GERD ni, makan suplemen bertahun-tahun. Tapi bila fikir corak pemakanan itulah puncanya.Dulu tak suka makan pagi,suka makan pedas. Lagi pedas lagi syokkk. Sekarang pedas pun tak boleh. Coklat, aneka kopi adalah favourite. Sekarang tengok kena fikir banyak kali. inilah kepadahan diri sendiri yang tanggung.

Betullah penyakit bermula dengan PERUT. Penghadaman okay makan okaylah semua. Ni corak pemakanan pun dah kelaut,perut pun memberontak!

Sekarang Gie nak share setiap kali tiba ramadhan set ramadhan Shaklee memang satu kewajipan perlu ada dalam rumah Gie untuk dijadikan sebagai menu sahur. Dulu Gie pernah cuba tau bersahur dengan nasi, namun gagal. Tak sampai tengahari badan dah lembik, serius terus hilang mood seharian. 


Bulan puasa ni bulan ibadat. Takkan kita nak sia-siakan waktu hanya dengan baring,tidur aje kan. Lagipun sebagai ibu tanggungjawab pun besar. Kena buat pilihan yang bijak untuk seisi keluarga.


Bersahur dengan set ramadhan Shaklee memang adalah satu pilihan yang bijak. Kenapa Gie cakap macam tu. Okay, Gie perkenalkan Set Ramadhan Shaklee yang lengkap untuk kesan kenyang yang lebih lama dan paling penting badan sentiasa bertenaga dan kekal hidrasi.


Shaklee Kuala Terengganu

Puasa 1-2-3 Set adalah solusi asas yang penting dan diperlukan oleh kita sekeluarga sepanjang bulan puasa ini. Protein yang berkualiti tinggi dan lengkap dengan 9 asid amino perlu untuk membantu anda kekal bertenaga dan sebagai ASAS UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH LAMA DAN SIHAT. Pengganti hidangan yang lazat dan berkhasiat dan dikuasakan dengan Leusin untuk membantu kita KEKAL BERTENAGA, KENYANG DAN MENGURANGKAN NAFSU MAKAN KETIKA BERPUASA. Paling penting badan kekal hidrat dengan penghilang dahaga yang menyegarkan untuk HIDRASI SEGERA DAN TENAGA BERPANJANGAN.


4 sebab anda perlu berpuasa dengan Shaklee iaitu Set Ramadhan Shaklee 1-2-3.

  1.  Ia sangat Mudah. Hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menyediakan hidangan Sahur yang lazat dan sihat. #Sahursimplezatpadu gtu trademarknya.
  2. Mesra pengguna. Solusi Ramadhan Shaklee sesuai untuk seisi keluarga anda. Kenapa? Semua golongan sesuai, warga emas, dewasa dan kanak-kanak semua boleh.
  3. Sihat. Pelbagai manfaat untuk kesihatan sistem penghadaman, kulit yang berseri dan badan yang sihat dan kuat.
  4.  Paling penting adalah selamat untuk perut.  Shake berkhasiat kami dapat membantu anda berbuka puasa dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan ketika berpuasa seperti gastrik dan pedih ulu hati.



Boleh Hubungi Gie untuk dapatkan Set Ramadhan Shaklee, puasa 1-2-3 anda sekarang. Gie jamin anda tidak akan menyesal, kerana Gie sekeluarga sudah lebih 5 tahun bersahur mudah dengan set ramadhan Shaklee. Bukan Gie sorang yang cakap-cakap betapa mudah berpuasa dengan set ramadhan ni, terbukti ramai yang sudah jatuh hati dengannya. 







Tunggu apa lagi contact Gie segera untuk dapatkan Set Ramadhan Shaklee anda. Puasa dengan mudah. Klik link ini Giefauzieyah Agen shaklee anda seluruh Malaysia. #sahursimplezatpadu

Untuk info yang lanjut berkaitan set ramadhan Shaklee, anda juga boleh singgah disini. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ▼  March 2023 (6)
      • Shaklee Fun Day
      • 10 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu
      • Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia
      • Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
      • Duit Raya Awal Shaklee
      • Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    17 hours ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    1 month ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    2 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates