Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

Kolagen adalah merupakan rangkaian molekul yang amat penting dalam tubuh manusia. 50% protein dalam badan seorang manusia adalah dalam bentuk kolagen. Kolagen membentuk tisu penghubung atau dipanggil 'connective tissue' dalam istilah sains. Terdapat berpuluh jenis kolagen dalam badan manusia. Namun terdapat 5 jenis kolagen yang amat penting dan ia dikategorikan sebagai kolagen I,II,III, IV dan V.

Gambor menunjukkan pembinaan kolagen
Gambar menunjukkan pembinaan kolagen


Kolagen I amat penting dalam pembinaan kulit, otot, dan tulang. Kolagen I digunakan untuk membentuk tisu ini dan kekurangan kolagen I boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, otot, dan tulang.

Kolagen II terdapat pada tulang rawan (cartilage). Tulang rawan yang terdapat pada sendi (join) amat memerlukan kolagen II untuk membolehkan pertumbuhan dan pembentukan tulang rawan yang sihat. Tulang rawan yang sihat pula amat penting untuk memastikan seseorang itu tidak mempunyai masalah berjalan dan berlari. Individu yang mempunyai masalah arthritis (osteoarthritis/osteoarthrosis) mempunyai masalah bergerak kerana tulang rawan mereka telah kehausan. Tulang rawan yang kehausan menyebabkan tulang bergeser dengan tulang yang lain pada sendi, menyebabkan kesakitan dan pergerakan tulang yang menghasilkan bunyi 'klik'. Biasanya masalah ini berlaku pada sendi yang besar seperti sendi lutut dan pinggul. Antara tanda tanda seorang mengalami osteoarthitis/arthrosis ialah sakit sewaktu berjalan dan berlari dan penghidap masalah ini biasanya terdiri daripada orang tua, orang yang kuat bersukan (menggunakan sendi) dan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Selain masalah osteoarthritis, penyakit rheumatoid arthritis juga boleh menyebabkan masalah pergerakan yang hampir serupa. Rheomatoid arthritis adalah penyakit sendi yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus sp. yang menyebabkan masalah serangan antibodi sendiri terhadap tisu badan. Dalam kes rheomatoid arthritis, antibodi ini menyerang tisu pada sendi dan menyebabkan tulang rawan dan tisu penghubung menjadi rosak dan menggerutu. Kesannya, seseorang itu boleh mengalami susah berjalan, pergerakan yang terhad, mempunyai masalah pernafasan, tangan yang membengkok keluar, jari yang bengkok, dan kaki yang tidak sekata.

Kolagen III pula adalah bahan penting dalam penghasilan tisu retikular. Tisu retikular adalah tisu yang sangat penting dalam membentuk organ hati, limpa dan limfa. Kolagen III juga merupakan bahan yang amat diperlukan dalam pembentukan 'granulation tissue' iaitu sejenis tisu yang amat penting dalam proses pemulihan luka. Kolagen III adalah bahan yang paling awal digunakan dalam proses pemulihan kulit yang terluka.
Kolagen IV adalah kolagen yang digunakan untuk membentuk 'basement membrane' atau 'basal lamina', sejenis lapisan yang terdapat dalam sel epitelium. Sel epitelium adalah sel asas yang membentuk kelenjar dan sistem pelindungan mekanikal dalam badan. Kelenjar adalah tisu yang menghasilkan rembesan cecair dalam badan seperti hormon tiroid, ACTH, PTH dan lain lain. Sistem pelindunga mekanikal termasuk kulit, pundi kencing dan lain lain. Sekiranya terdapat mutasi atau kekurangan dalam kolagen IV, maka banyak masalah boleh berlaku dalam sistem badan.

Kolagen V pula adalah kolagen yang amat penting untuk menhasilkan rambut yang sihat, permukaan sel dan uri bersalin (placenta).

Mutasi boleh berlaku terhadap DNA dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada gen yang berperanan membentuk kolagen. Kerosakan ini menyebabkan tisu kolagen menjadi rosak dan kesannya dapat dilihat dalam banyak penyakit. Antaranya ialah penyakit Ehler-Danlos, Osteogenesis Imperfecta, Osteoporosis, Alport syndrom dan lain lain. Dalam penghidap masalah Ehler-Danlos contohnya, orang tersebut menghadapi kulit yang terlalu melendut dan amat mudah untuk ditarik dan ia menyebabkan keanjalan yang luar biasa. Jari mereka boleh dilenturkan ke belakang sehingga tahap yang tidak mampu dibuat oleh orang biasa. Mereka mempunyai ciri ciri elastik yang melampau. Walaubagaimanapun, ia bukanlah tanpa risiko. Disebabkan ciri ciri elastik ini, mereka mempunyai risiko untuk mendapat kerosakan jantung. Jantung mereka menjadi mengembang dengan mudah menyebabkan jantung mereka mengalami kegagalan.
Antara saranan terhadap mereka yang mempunyai masalah dengan pembentukan kolagen ialah, mereka perlu mendapatkan kolagen tambahan dengan mengekalkan diet yang seimbang dan dengan menggunakan makanan tambahan. Punca penyakit dan jenisnya perlu disiasat di hospital untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan punca masalah pembentukan tisu penghubung tersebut.
 
Kolagen membentuk 80% daripada tisu kulit. Terdapat 3 bahan penting yang terdapat dalam kulit kita.
 
  1. Kolagen
  2. Elastin
  3. GAG (Glycos Amino Glycans)
Komponen ini amat penting untuk mempunyai kulit yang anjal dan cantik. Terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan kulit cepat rosak dan penggunaan SPF (Sun Protective Factor) adalah amat penting untuk mengurangkan kesan yang tidak diingini ini. Pemilihan produk kecantikan yang diakui SPF yang betul dapat memastikan kulit yang benar benar terlindung daripada kerosakan oleh cahaya matahari. Selain itu pemakanan yang seimbang juga penting untuk membentuk kolagen baru yang telah rosak. Pemakanan seimbang boleh didapati dengan menyertakan saplemen makanan tambahan dalam diet seharian. Rawatan seperti stimulasi dengan Hyaluronic Acid juga boleh digunakan.

credit blog kesihatan online
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Menarikkan?? Tak pernah dibuat lagi sepanjang Gie Join Shaklee Since Disember 2012 ~ 2 Promosi dalam 1 Bulan ~

Collagen Powder ~ Beli 6 Dapat Percuma 1 

~Meal Shake ~ Beli 3 Percuma 1~


Begitu ISTIMEWA untuk kalian semua...untuk pengguna Setia Shaklee....

Promosi Meal Shake
  


Promosi Collagen Shaklee

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyiklan, Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah

PM/Whatsapp/Wechat :013-982 2721

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ▼  August 2023 (2)
      • Shaklee Energy Booster - CoQ - Trol
      • Vitamin E aka Vitamin Hangatkan Cinta
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Wajib beli apa di Tiktok hari ni ?
    18 hours ago
  • Yaya Azura
    Misi Ke Asrama Penuh - Adik Wazif Sertai Kelas Online PKSK
    2 weeks ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    2 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates