10 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

by - 9:26 AM

10 Keburukan Intermittent Fasting (IF) yang korang perlu tahu | Sebelum korang terjebak ngan Internmittent Fasting ni Gie nak share dengan korang apa yang korang perlu tahu tentang diet IF. Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”. Taknak cakap panjang-panjang, boleh singgah posting Gie sebelum ni tentang Intermittent Fasting ni.

Intermittent Fasting


Bila Ramadhan nak dekat dah, orang ramai yang tahu buat IF dah mula kickstart program depa sendiri. Team Gie sendiri pun ada group sokongan IF. kalau korang nak join boleh contact Gie. okay😊

Tapi sebab baru-baru ni taktau mana mari post viral pasal keburukan IF, makin ramai pulak nak mencuba. Kita tak kisah pun, malah kita berterima kasih, sebab mempopularkan IF itu sendiri. Manusia ni bila sesuatu yang curious dan pelik, itulah dia lagi nak cuba. Apa salahnya. Benda menyihatkan badan.

10 Keburukan Intermittent Fasting sebelum korang cuba diet IF ni.

Kemungkinan korang tak sesuai dengan diet ni.


testimoni IF

1. IF menghapuskan LEMAK dengan banyak

Sekiranya korang melakukan IF dengan kerap, korang akan menghapuskan lemak dengan banyak yang ada di tubuh korang sekarang ni. Kalo korang selesa dengan tubuh gemuk gedempol ia akan jadi masalah..hehhehe memang ada kan orang suka badan macam tu. Seperti gambar di atas dari peti ais dah jadi model kat ofis 😅

2. IF takkan MENGGEMUKKAN korang selamanya

Perubahan dengan gaya IF tidak akan buat korang jadi gemuk selamanya. Korang akan menjadi susut dan semakin susut hari demi hari. sekiranya korang jadi IF itu sebahagian gaya hidup korang.


3. METABOLISME tidak menurun

Mereka yang melakukan IF tidak akan menambah lemak badan tetapi mantapkan lagi otot kerana IF tidak akan menurunkan kadar metaboslime badan.

4. TERPAKSA beli baju baru


Sekiranya korang melakukan IF selama 3 bulan berturut-turut secara konsisten, korang terpaksa membeli pakaian baru. Baju baru, Seluar baru dan kasut baru kerana badan semakin mengecil dan kurus. Ini dah jadi 1 pembaziran kan. Mesti sayang baju yang size XXL tu kan. hehehe

5. KORANG jadi RETIS


Mereka yang buat IF selama 3 bulan atau lebih korang akan jadi perhatian masyarakat kerana korang akan nampak kurus, nampak muda macam retis uols. Ini akan jadi masalah bila dah glamour. Betul tak!


10 kesan buruk IF



6. TAK BOLEH makan kerap

Sekiranya korang buat IF paling tak best sebab korang takkan dapat makan dengan kerap. Ia mesti mengikut waktu yang telah ditetapkan. Jika korang mempunyai selera makan yang sentiasa nak makan semestinya ia akan jadi masalah besar dengan gaya hidup sebegini. apamacam nak join tak!

7. Bebas dari PENYAKIT KRONIK

IF akan membuatkan korang lebih sihat dan jauh dari penyakit kronik seperti Darah tinggi, Kencing Manis dan penyakit sekular lain. Ini kerana gaya pemakanan IF akan membakar lemak visceral, memulih sensitivity insulin dan menurunkan paras kolestrol secara semulajadi. Ada kajian menyatakan puasa boleh mengelakan penyakit nyanyuk seperti alzheimer.


kesan IF pada penyakit


8. Korang TERPAKSA AKTIF

Mereka yang melakukan IF lebih bertenaga dan tak mengantuk kerana tenaga yang dihasilkan oleh lemak 3x lebih efektif dari tenaga yang dihasilkan oleh makanan. Ia akan membuatkan korang semakin aktif. Ini akan jadi masalah besar sekiranya korang suka bermalasan, tidur.

9. DOMPET Tebal

Mereka yang buat IF, dompet mereka akan tebal kerana wang takkan habis kerana makan. Terutamanya yang buat OMAD hanya makan 1x je sehari. Bagi korang yang banyak duit suka makan mewah banyak kali, haish duit tak luak susah jugak kan. hahaha

10. SENTIASA nak buat lagi dan lagi

Mereka yang buat IF akan sentiasa nak buat IF kerana ia sangat mudah dan tak memerlukan kos yang tinggi. Intermittent Fasting merupakan satu gaya hidup pemakanan. IF 4 Life gituwww...


Apa macam korang nak cuba tak Intermittent Fasting ni. Gie sendiri akui kerana IF lah derita GERD yang Gie alami bertahun sudah hilang. Semuanya bermula dengan pemakanan tau. Penyakit pun bermula dari dalam PERUT. Perut SIHAT, BADAN sihat. Ni tak, pagi kedarah nasik lemak, tengah hari nasi berlauk penuh pinggan, petang hentam pisang goreng, malam kueytiaw kerang, sebelum tido pekena biskut hap seng cicah kopi O. Perut belajar. Bila tak dapat, dia merajuk.

Penyakit yang singgah tu semua berpunca dari pemakanan kita yang ntah apa-apa sekarang ni. Cuma ramai yang takut bila buat IF dia akan gastrik. Dia kata puasa Ramadhan atau Sunat, takde masalah sebab makan sahur. Ini sebab takde sahur, takde benda masuk perut, nanti lapar.

Malahan sebenarnya, dia tak tau Sains sebenar berkenaan Intermittent Fasting. Apabila kita stick kepada satu rutin berpuasa yang agak tetap, kita akan train hormon Ghrelin supaya tidak dirembeskan terlalu kerap. Hormon Ghrelin inilah yang akan trigger perut jadi berkeroncong untuk signal kita supaya makan.

Lagi kerap kita berlatih puasa, lagi kuranglah signal Ghrelin itu akan dikeluarkan sehingga kita tak berasa lapar teruk walaupun sudah 16 jam tak makan.

Tapi kalau kita betul-betul berdisiplin, buat IF dengan konsisten, korang akan dapati pedih perut tu sebenarnya mainan hormon semata mata. Tak percaya, sendiri terai acu test.

Dalam mengamalkan Intermittent Fasting suplemen amat membantu Gie sendiri. Sebelum ni Gie pernah share tentang suplemen amat membantu dalam diet IF ni. Semestinya Shaklee adalah Suplemen Terbaik yang menjadi pilihan Gie, yang sudah consume lebih 11 tahun.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Giefauziah

You May Also Like

0 comments