Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee
Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee #1 Sahur Simple Zat Padu | Senang aje dengan Puasa 1-2-3 Set Shaklee. Jalankan Ibadah puasa dengan sihat dan bertenaga.
GERD! Erti kata lain pedih ulu hati,orang tua cakap penyakit angin. Gastrik pulak adik beradiknya. GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus. GERD atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia – dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa.
Bila silap makan kekadang tak tunggu masa yang lama GERD tu boleh serang. Gie pernah alami pengalaman diserang GERD kat office. Makan benda simple je. Minum air nescafe susu cicah dengan biskut jagung. Tak sampai 1 jam,bahagian tengah dada bagai ditusuk-tusuk. Dalam tengkuk rase macam ada sesuatu yang tajam. Ya Allah, hanya tuhan je tahu rase pedih, dada seakan sempit. Macam tulah rasa pedih ulu hati. Semuanya bermula dengan corak pemakanan. Dan Gie sendiri alami GERD ketika mengandung anak no.2 hinggalah mengandung anak ke 4. Dan paling teruk ketika mengandung anak ke 4.
Ingatkan time mengandung je kena. Tapi sekarang bila makan sesuatu yang tak kena,ia kembali. Fikir-fikir kenapa Gie boleh terkena GERD ni, makan suplemen bertahun-tahun. Tapi bila fikir corak pemakanan itulah puncanya.Dulu tak suka makan pagi,suka makan pedas. Lagi pedas lagi syokkk. Sekarang pedas pun tak boleh. Coklat, aneka kopi adalah favourite. Sekarang tengok kena fikir banyak kali. inilah kepadahan diri sendiri yang tanggung.
Betullah penyakit bermula dengan PERUT. Penghadaman okay makan okaylah semua. Ni corak pemakanan pun dah kelaut,perut pun memberontak!
Sekarang Gie nak share setiap kali tiba ramadhan set ramadhan Shaklee memang satu kewajipan perlu ada dalam rumah Gie untuk dijadikan sebagai menu sahur. Dulu Gie pernah cuba tau bersahur dengan nasi, namun gagal. Tak sampai tengahari badan dah lembik, serius terus hilang mood seharian.
Bulan puasa ni bulan ibadat. Takkan kita nak sia-siakan waktu hanya dengan baring,tidur aje kan. Lagipun sebagai ibu tanggungjawab pun besar. Kena buat pilihan yang bijak untuk seisi keluarga.
Bersahur dengan set ramadhan Shaklee memang adalah satu pilihan yang bijak. Kenapa Gie cakap macam tu. Okay, Gie perkenalkan Set Ramadhan Shaklee yang lengkap untuk kesan kenyang yang lebih lama dan paling penting badan sentiasa bertenaga dan kekal hidrasi.
Puasa 1-2-3 Set adalah solusi asas yang penting dan diperlukan oleh kita sekeluarga sepanjang bulan puasa ini. Protein yang berkualiti tinggi dan lengkap dengan 9 asid amino perlu untuk membantu anda kekal bertenaga dan sebagai ASAS UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH LAMA DAN SIHAT. Pengganti hidangan yang lazat dan berkhasiat dan dikuasakan dengan Leusin untuk membantu kita KEKAL BERTENAGA, KENYANG DAN MENGURANGKAN NAFSU MAKAN KETIKA BERPUASA. Paling penting badan kekal hidrat dengan penghilang dahaga yang menyegarkan untuk HIDRASI SEGERA DAN TENAGA BERPANJANGAN.
4 sebab anda perlu berpuasa dengan Shaklee iaitu Set Ramadhan Shaklee 1-2-3.
- Ia sangat Mudah. Hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menyediakan hidangan Sahur yang lazat dan sihat. #Sahursimplezatpadu gtu trademarknya.
- Mesra pengguna. Solusi Ramadhan Shaklee sesuai untuk seisi keluarga anda. Kenapa? Semua golongan sesuai, warga emas, dewasa dan kanak-kanak semua boleh.
- Sihat. Pelbagai manfaat untuk kesihatan sistem penghadaman, kulit yang berseri dan badan yang sihat dan kuat.
- Paling penting adalah selamat untuk perut. Shake berkhasiat kami dapat membantu anda berbuka puasa dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan ketika berpuasa seperti gastrik dan pedih ulu hati.
Boleh Hubungi Gie untuk dapatkan Set Ramadhan Shaklee, puasa 1-2-3 anda sekarang. Gie jamin anda tidak akan menyesal, kerana Gie sekeluarga sudah lebih 5 tahun bersahur mudah dengan set ramadhan Shaklee. Bukan Gie sorang yang cakap-cakap betapa mudah berpuasa dengan set ramadhan ni, terbukti ramai yang sudah jatuh hati dengannya.
0 comments