Cara Intermittent Fasting (IF) Yang Betul

by - 1:34 PM

Intermittent Fasting tu senang konsepnya. Ber-Intermittent Fasting (IF) bermaksud anda tidak makan atau ber-puasa untuk tempoh tertentu.Hanya Minum air kosong. Kuncinya ialah jangan masukkan benda2 yang boleh trigger perembesan Insulin dalam masa puasa. Jangan makan/minum benda berkalori la senang cerita.

Apa yang boleh ambik ketika Intermittent Fasting. Hanya air sahaja yang boleh ambik ketika kita buat IF. Air yang tak menyumbang apa-apa kalori pada badan. Air kosong je ke? Tak. Macam Gie sendiri ketika buat IF, Gie minum Nescafe Gold kosong dan Lemon suam / panas. Berapa lama nak buat IF ni. Okay, Gie nak kongsi benifit yang kita akan dapat apabila buat IF ni. Yang ni Guide dari Shaklee tau.

Apa yang berlaku kepada badan anda apabila anda berpuasa?

4-8 Jam

  • Paras gula dalam darah menurun.
  • Semua makanan di dalam perut sudah dicerna.
  • Insulin tidak lagi dihasilkan.

12 Jam

  • Makanan yang diambil telah dibakar.
  • Sistem pencernaan berehat
  • Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) untuk penghasilan dan regenerasi sel mula meningkat.
  • Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah.

14 Jam

  • Lemak yang disimpan ditukarkan kepada tenaga.
  • Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH).

16 Jam

  • Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak.

 


Paling minima untuk Internmittent Fasting adalah 16jam. Untuk dapatkan kesan yang terbaik! Yang paling penting sepanjang IF pengambilan air mesti cukup. Kat sini Gie share jugak Jadual pengambilan untuk memudahkan korang tengok berapa air yang cukup untuk berat korang.

 

 

cara

Apa yang berlaku sebenar-benarnya pabila anda ber-IF?!


Salah satu faedah terbesar ber-IF adalah berlakunya peningkatan Autophagy. Ia berlaku pabila badan anda mengitar semula, dan menggunakan semula sel-sel yang rosak di dalam badan anda sendiri (Alirezaei et al. 2010).

Autophagy senantiasa berlaku dalam pelbagai kapasiti, tetapi ia meningkat dengan ketara apabila anda berpuasa selama 16 jam sekurang-kurangnya, tapi bagi yang degil tu kena 18 jam lah ber-IF sekurang-kurangnya. (You know who you are!)

Autophagy sangat-sangat membantu:
  • mengurangkan keradangan
  • mencegah pelbagai penyakit seperti Alzheimer
  • meningkatkan awet muda. (Longo et al. 2014, Mattson et al. 2014)

Ber-IF berselang-seli antara 12-16 jam setiap hari, dan sekali-sekala (kadang-kadang) ber-IF 24-72 jam adalah amalan yang amat baik, Cubalah!

Okay, rasenya setakat ni dulu Gie share tentang Internmittent Fasting. Ni adalah pengetahuan basic tentang IF. Next, Gie akan sambung lagi yer. Eh, korang boleh singgah ke blog Dr Anisah jika tahu lagi tentang InternmittentFasting.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


 


You May Also Like

0 comments