Ramai ibu yang menyusukan anak kadang2 risau, boleh tak makan ini, boleh tak cuba yang ini atau pelbagai perasaan seperti “saya takut nak makan sekian sekian, takut susu kurang. saya takut nak exercise, takut susu kurang.” ~ jadi saya simpulkan di sini, ada ibu yang menyusukan anak paling risau jika susu berkurangan atau susu dah berubah komposisi.
Selepas melahirkan anak, bentuk badan ibu sudah tentulah berbeza dari dahulu (sebelum mengandung). Ada ibu yang mengambil masa yang singkat utk kembali ke bentuk asal dgn hanya menyusukan anak (ini kerana setiap kali menyusu, 500 kalori akan terbakar), ada ibu yang lambat kerana melibatkan hormon (rujuk artikel is thyroid making you fat?) dan bermacam lagi.
Antara soalan yang selalu kita dengar:
1) Adakah senaman menjejaskan kuantiti susu dan kualitinya?
Kajian menunujukkan tiada kesan pada kualiti susu mahupun kuantitinya. susu ibu masih berasa sedap bagi bayi, tiada perubahan apa2.
2) Bila bersenam, air akan hilang dari badan. Adakah ini juga akan menyebabkan susu saya kurang atau susu jadi tidak sedap?
Ya, bila bersenam, badan ibu akan berpeluh. Ini dikaitkan dengan proses perkumuhan (pembuangan air dari badan). Namun, ianya langsung tidak akan buat susu anda kurang. Ianya juga tiada kaitan dengan susu kurang sedap. Gantikan kehilangan air dari badan dengan minum air masak secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) to keep u hydrated. Senaman yang ringan tidak akan meningkatkan kadar asid laktik dalam badan ibu berbanding senaman yang ekstrem. Saya pasti, ibu dah capek utk buat senaman ekstrem bukan? 
Susu ibu adalah susu yang paling baik dan sedap bagi bayi. Ianya akan berubah mengikut umur bayi, persekitaran dan faktor2 lain dan berubah mengikut kondisi. Namun, jika ibu bersenam, ianya tidak langsung menjejaskan kualiti mahupun rasa susu pada bayi.
3) Mahukah bayi menyusu dgn saya selepas saya bersenam?
Kajian juga telah menunjukkan bayi tidak akan menolak menyusu dengan ibunya selepas bersenam. Kalau adapun, hanyalah dalam keadaan ibu yang berpeluh banyak (bayi merasa ‘masin’ peluh di kulit payudara ibu semasa perlekapan). Jadi, dinasihatkan ibu mandi terlebih dahulu dan menyusu bayi dalam keadaan bersih dan selesa. Tetapi, jika nak menyusu terus pun, tidak ada masalahnya. Teruskan 
Tips penyusuan dan senaman utk ibu:
* Utk keselesaan anda sewaktu bersenam, anda mungkin boleh susukan bayi terlebih dahulu ataupun memerah susu (jika bayi tiada bersama anda). Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian (supportive bra), pad payudara dan lain2 kerana bila bersenam, akan ada aktiviti melompat dan berlari2 kecil.(p/s: kalau tgh ‘berat’, mmg tak selesa nak bersenam. Jadi kosongkan! 
* Pastikan anda minum air yang cukup utk menggantikan kehilangan air dalam badan.
* Senaman yang dibuat janganlah terlalu ekstrem. Berpada2 lah, ikut kesesuaian umur, kesesuaian badan dan lain2. Senaman tak semestinya kena berlari 10km. Ambil angin pagi2 di kawasan perumahan juga dikira sebagai senaman. Cukuplah jika senaman yang boleh mengeluarkan peluh dan badan terasa segar ~ atau cuci mata tgk gelang emas juga senaman, senaman mata, hehehe – kidding 
* Menyusukan juga adalah senaman. Senaman mengempiskan perut, senaman hati (lebih sayang dan cinta pada anak2 – bantu ibu menjadi “ibu”), senaman berlingkar di atas katil. zzzzz itupun Senaman juga (ibu kadang2 penat buat kerja rumah, tgk anak2, masak utk suami, lipat kain basuh baju gosok baju, bila menyusu dalam keadaan berbaring, ianya ibarat terapi “curi masa” utk seorang ibu 
* Tak perlu melompat, ajak anak2 main skipping, ring aroung-a-rosie, london bridge is falling down, hide & seek, berkebun, poco2, chicken dance juga dikira sebagai senaman ringan plus… mengeratkan kasih sayang! 
Jadi jangan bimbang ibu. Anda boleh bersenam!
Saya ingin betulkan pemahaman di sini, susu kurang bukanlah akibat bersenam, salah makan atau apa2 yang lain.
Ianya disebabkan oleh bagaimana ibu mencipta permintaan (create demand) pada payudara, dengan cara menyusukan anak atau memerah susu bila berpisah dgn anak. Susu akan kurang jika demand tiada. Ya, ada juga faktor lain: Breastfeeding management. Di entry yang lepas kita ada baca, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang teknikal. Di situ juga kita perlu betulkan. Posisi yang baik, perlekapan yang baik membantu dalam penghasilan susu. Supply & demand, itu yang kita perlu jaga.
.. Dan, anda bebas makan apa sahaja yang berkhasiat dan makan berpada2. Tiada istilah, ibu yang menyusu tak boleh makan itu dan ini, bimbang susu kurang. Kurangkan makan makanan berangin, supaya baby tidak kembung, bukan akan mengurangkan susu ibu. Jadi, makanlah makanan yang berkhasiat. jika anda tidak serasi dgn makanan tersebut, maka kurangkan atau jauhinya.
Anda ibu, yakinlah bahawa penyusuan itu tidak langsung merumitkan kalau bukan kita sendiri yang merumitkannya. Take it easy. And enjoy the moment.. just enjoy 2 tahun menyusukan! 
Jgn risau. Sebagai ibu, jangan fikir banyak benda rumit dalam penyusuan bila terbaca pelbagai pendapat atau artikel dalam atau luar negara. Think easy, enjoy the seconds. Penyusuan bukanlah about “susu banyak” semata2. Ianya luas, indah dan lebih dari itu!
sharing is caring ;-)
0 comments