MENGAPA ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL? | KEGUNAAN ASID FOLIK | KEPENTINGAN ASIDFOLIK | ASID FOLIK | KEISTIMEWAAN B COMPLEX SHAKLEE
MENGAPA ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL?
Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.
Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 kubis brussels;
- kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.
- Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- jagung saiz besar, 1;
- biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.
Dan Apa Istimewanya Vitamin B-Complex Shaklee
Vitamin B-Complex ni adalah antara gabungan vitamin kecantikan, yang menjadi kegilaan ramai.. bukan itu sahaja, vitamin B-complex ni, sangat sesuai diambil bersama-sama supplemen untuk 'weight gain' dan supplemen kesuburan. banyak jugakkan kegunaan vitamin B-Complex ni.Bagi si Ibu Preggy B-complex memang tak dapat dipisahkan dengan B-complex ni.hehee..
Sekilas mengenai perbezaan vitamin B-Complex Shaklee
- Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
- Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
- B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
- Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
- Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
- Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
- Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
- Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.
Khasiat utama vitamin B-Complex
1. Menukar makanan kepada tenaga
- Membantu penghadaman
- Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2. Melawan tekanan
- Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Membantu tumbesaran
- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
- membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4. Rambut beruban dan gugur
- membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
- mengekalkan kesihatan rambut
5. Baik untuk mata
- mengurangkan masalah keletihan mata
- mencegah katarak
- meningkatkan kualiti penglihatan
- perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus
6. Mencegah anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
- merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
- merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
- merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
7. Meredakan senggugut
- baik untuk masalah senggugut (PMS),
- meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
8. Mencegah perlcche
- dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
- mencegah jangkitan lidah (glossitis)
- nafas berbau
9. Detoksifikasi
- meredakan alahan
Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
- mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
- harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
- pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
- elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
- ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
- pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
PERHATIAN
- B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan
Fauziah Abd Mutalib (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp,Wechat : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah Fanpage :GieVitaShop
0 comments