Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

Pernah tak alami keadaan seperti lemau, susah nk bangun pagi sebab badan lenguh-lenguh dan letih. Antara nak bangun dengan nak sambung tidur tu 50-50. Kalau ya, sampai bila nk biarkan keadaan tersebut? Sampai bila nk biarkan badan sentiasa dalam keadaan letih, lenguh sana sini, sakit pinggang dan akibatnya sukar nak bangun pagi??



Bagaimana pula kalau anda seorang ibu, yang sepatutnya rutin harian adalah orang yang paling awal bangun pagi untuk siapkan segala keperluan? Apa kesannya kalau anda salah seorang yg setiap hari mengalami keadaan mcm ni? Pagi-pagi dah lemau, tentu la tak best kan? Nak buat kerja pun malas.

RAHSIA terkini dan paling menguntungkan untuk mengatasi masalah di atas kini TERBONGKAR dan dijamin BERKESAN! Bukan sahaja boleh memberi kesegaran badan setiap kali bangun tidur, tapi juga melawaskan pembuangan, kaki dah tak cramp, pinggang dah tak lenguh, badan terasa ringan dan paling penting mengelakkan penyakit osteoporosis yang lebih mudah menyerang wanita. Awas ye golongan wanita, kehilangan sumber penting badan iaitu kalsium adalah tinggi ketika haid.

So apa RAHSIAnya?? Dah bagi hint dah td sebenarnya. Apa ia??
OSTEMATRIX adalah rahsianya. Terbukti berkesan dan diakui oleh ramai pengguna tak kira lelaki mahupun wanita.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
"...I am looking for the supplement that help me to enrich my breastmilk."
sebenarnya jarang sekali ibu2 yang membeli supplemen shaklee dari saya bertanya soalan di atas...rata2 ibu-ibu hari ini lebih tertumpu untuk membanyakkan susu namun mereka sering terlupa bahawa kualiti itu lebih utama yang perlu dipentingkan dan diberi perhatian....tetapi setelah mereka membeli shaklee.dan istiqamah makan set ni...pasti mereka berpuas hati dengan kesan2 sampingan yang lain..KESAN POSITIF.kerana vitamin2 ini jugalah yang banyak membantu mengkayakan nutrisi dalam susuibu..lemak berkrim lazattt disukai baby baby....soalannya...apa suplemen yg digalakkan utk ibu menyusu


Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak..Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak ..Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.





c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 
khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. 


Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi .worth your money


Bagi yang mengalami susu merudum dgn teruk, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. ..bagi saya sendiri...dulu,zaman menyusukan Faiz.. ESP ni lah stok supplemen utama saya...kalau rasa susu kurang/merudum....minum ESP 3 x sehari .kalo hari biasa..sekali cukup dah... Memang cepat rasa susu penuh...sebab tu saya sentiasa menggalakkan ibu2 di luar sana menambah ESP




...kenyataannya. Pengambilan supplement yang BETUL akan membantu mengkayakan nutrisi dalam susuibu....Dan kerana itu lahsaya amat menyukai Shaklee..Shaklee adalah satu jenama yang telah lebih 50 tahun dalam pasaran. Produk Shaklee adalah vitamin yang khusus dan berdasarkan keperluan seharian tubuh kita


Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyikalan, Jom dapatkan harga yang berpatutan setanding dengan kualitinya. Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah






Share
Tweet
Pin
Share
No comments

selamat Pagi semua, pagi ni terdetik nak berkongsi dengan semua tentang Omega Guard Shaklee, minyak ikan terbaik di dunia. bukan saya claim lebih2,tapi ia telah terbukti. Omega guard Shaklee diestrak dari ikan laut air sejuk (sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan laut jepun. Ia bukan dari ketumpatan hati minyak ikan. Ia merupakan minyak ikan yang tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semualajadi termasuk EPA, DHA,ALA dan byk lagi.


Keistimewaan Minyak Ikan Shaklee 

  • Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil



 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu



 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan



Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.



Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Ingredients: (per 3 capsules)
EPA 540mg
DHA 360mg ( Omega sebelum ini mengandungi 235mg DHA)
Omega 3 fatty acids 990 mg( dahulu hanya 195mg omega-3 fatty acid)



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.


Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :gie_850421@yahoo.com
Gmail : giefauziah@gmail.com
Call/Whatsapp : 013 - 982 2721


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? untuk apa? betul ke berkesan?

Okaylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.

KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.

So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun. 


Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.


Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :gie_850421@yahoo.com
Gmail : giefauziah@gmail.com
Call/Whatsapp : 013 - 982 2721



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ramai ibu yang menyusukan anak kadang2 risau, boleh tak makan ini, boleh tak cuba yang ini atau pelbagai perasaan seperti “saya takut nak makan sekian sekian, takut susu kurang. saya takut nak exercise, takut susu kurang.” ~ jadi saya simpulkan di sini, ada ibu yang menyusukan anak paling risau jika susu berkurangan atau susu dah berubah komposisi.
Selepas melahirkan anak, bentuk badan ibu sudah tentulah berbeza dari dahulu (sebelum mengandung). Ada ibu yang mengambil masa yang singkat utk kembali ke bentuk asal dgn hanya menyusukan anak (ini kerana setiap kali menyusu, 500 kalori akan terbakar), ada ibu yang lambat kerana melibatkan hormon (rujuk artikel is thyroid making you fat?) dan bermacam lagi.
Antara soalan yang selalu kita dengar:
1) Adakah senaman menjejaskan kuantiti susu dan kualitinya?
Kajian menunujukkan tiada kesan pada kualiti susu mahupun kuantitinya. susu ibu masih berasa sedap bagi bayi, tiada perubahan apa2.
2) Bila bersenam, air akan hilang dari badan. Adakah ini juga akan menyebabkan susu saya kurang atau susu jadi tidak sedap?
Ya, bila bersenam, badan ibu akan berpeluh. Ini dikaitkan dengan proses perkumuhan (pembuangan air dari badan). Namun, ianya langsung tidak akan buat susu anda kurang. Ianya juga tiada kaitan dengan susu kurang sedap. Gantikan kehilangan air dari badan dengan minum air masak secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) to keep u hydrated. Senaman yang ringan tidak akan meningkatkan kadar asid laktik dalam badan ibu berbanding senaman yang ekstrem. Saya pasti, ibu dah capek utk buat senaman ekstrem bukan? :-)
Susu ibu adalah susu yang paling baik dan sedap bagi bayi. Ianya akan berubah mengikut umur bayi, persekitaran dan faktor2 lain dan berubah mengikut kondisi. Namun, jika ibu bersenam, ianya tidak langsung menjejaskan kualiti mahupun rasa susu pada bayi.
3) Mahukah bayi menyusu dgn saya selepas saya bersenam?
Kajian juga telah menunjukkan bayi tidak akan menolak menyusu dengan ibunya selepas bersenam. Kalau adapun, hanyalah dalam keadaan ibu yang berpeluh banyak (bayi merasa ‘masin’ peluh di kulit payudara ibu semasa perlekapan). Jadi, dinasihatkan ibu mandi terlebih dahulu dan menyusu bayi dalam keadaan bersih dan selesa. Tetapi, jika nak menyusu terus pun, tidak ada masalahnya. Teruskan :-)
Tips penyusuan dan senaman utk ibu:
* Utk keselesaan anda sewaktu bersenam, anda mungkin boleh susukan bayi terlebih dahulu ataupun memerah susu (jika bayi tiada bersama anda). Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian (supportive bra), pad payudara dan lain2 kerana bila bersenam, akan ada aktiviti melompat dan berlari2 kecil.(p/s: kalau tgh ‘berat’, mmg tak selesa nak bersenam. Jadi kosongkan! :-)
* Pastikan anda minum air yang cukup utk menggantikan kehilangan air dalam badan.
* Senaman yang dibuat janganlah terlalu ekstrem. Berpada2 lah, ikut kesesuaian umur, kesesuaian badan dan lain2. Senaman tak semestinya kena berlari 10km. Ambil angin pagi2 di kawasan perumahan juga dikira sebagai senaman. Cukuplah jika senaman yang boleh mengeluarkan peluh dan badan terasa segar ~ atau cuci mata tgk gelang emas juga senaman, senaman mata, hehehe – kidding :-)
* Menyusukan juga adalah senaman. Senaman mengempiskan perut, senaman hati (lebih sayang dan cinta pada anak2 – bantu ibu menjadi “ibu”), senaman berlingkar di atas katil. zzzzz itupun Senaman juga (ibu kadang2 penat buat kerja rumah, tgk anak2, masak utk suami, lipat kain basuh baju gosok baju, bila menyusu dalam keadaan berbaring, ianya ibarat terapi “curi masa” utk seorang ibu :-)
* Tak perlu melompat, ajak anak2 main skipping, ring aroung-a-rosie, london bridge is falling down, hide & seek, berkebun, poco2, chicken dance juga dikira sebagai senaman ringan plus… mengeratkan kasih sayang! :-)
Jadi jangan bimbang ibu. Anda boleh bersenam!
Saya ingin betulkan pemahaman di sini, susu kurang bukanlah akibat bersenam, salah makan atau apa2 yang lain.
Ianya disebabkan oleh bagaimana ibu mencipta permintaan (create demand) pada payudara, dengan cara menyusukan anak atau memerah susu bila berpisah dgn anak. Susu akan kurang jika demand tiada. Ya, ada juga faktor lain: Breastfeeding management. Di entry yang lepas kita ada baca, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang teknikal. Di situ juga kita perlu betulkan. Posisi yang baik, perlekapan yang baik membantu dalam penghasilan susu. Supply & demand, itu yang kita perlu jaga.
.. Dan, anda bebas makan apa sahaja yang berkhasiat dan makan berpada2. Tiada istilah, ibu yang menyusu tak boleh makan itu dan ini, bimbang susu kurang. Kurangkan makan makanan berangin, supaya baby tidak kembung, bukan akan mengurangkan susu ibu. Jadi, makanlah makanan yang berkhasiat. jika anda tidak serasi dgn makanan tersebut, maka kurangkan atau jauhinya.
Anda ibu, yakinlah bahawa penyusuan itu tidak langsung merumitkan kalau bukan kita sendiri yang merumitkannya. Take it easy. And enjoy the moment.. just enjoy 2 tahun menyusukan! :-)
Jgn risau. Sebagai ibu, jangan fikir banyak benda rumit dalam penyusuan bila terbaca pelbagai pendapat atau artikel dalam atau luar negara. Think easy, enjoy the seconds. Penyusuan bukanlah about “susu banyak” semata2. Ianya luas, indah dan lebih dari itu!

sharing is caring ;-)


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
FAHAMI KONSEP SUPPLY vs DEMAND BUAT IBU MENYUSU

=====================================



Ini fenomena biasa yang berlaku.. Saya sering terima PM/email/sms dari ibu menyusu yang merasakan susunya semakin berkurangan akan segera mencari suppleme
nt dengan tujuan utk BANYKKAN SUSUnya kembali. 



Namun sebelum proceed order, saya akan tanya dulu.


- berapa kali puan pam susu dalam sehari?
- berapa banyak air yang puan minum dalam sehari?

Rata-rata yang mengalami masalah susu kurang akan memberi jawapan yang hampir sama...

- saya x pam waktu kerja..cuma bagi anak direct feeding waktu malam jer.
- saya pam sekali je waktu kerja sebab susu sikit sgt...jadi buat apa pam. Pam pun susu xde.
- saya tak suka minum banyak air..nanti asyik ke toilet jer.

Dalam hati saya berkata..."Oh..patutlah."




TAHUKAH IBU-IBU KENAPA KITA PERLU MENGEPAM DENGAN KONSISTEN 

SETIAP 3-4JAM SEKALI?





-Tujuan mengepam (selain utk kumpul stok susu) adalah utk menghantar SIGNAL kepada otak utk terus HASILKAN SUSU dalam badan. Lagi kerap signal dihantar, maka lagi banyaklah susu akan terhasil. Bila kurang atau tiada signal, bagaimana susu nak terhasil? 



Sebab itu ibu2 yang rajin mengepam, susu mereka sentiasa ada..sampai bengkak2 susu!

- Teruskan mengepam dengan KONSISTEN walaupon tiada langsung susu yang keluar..kadang2 angin jer..tak mengapa. Anda sekarang sedang berusaha menghantar signal utk menghasilkan susu yang banyak.

- Amalkan POWER PUMPING sekali sehari jika jadual mengepam anda agak 'huru-hara' di siang hari. Mungkin disebabkan kekangan waktu kerja contohnya ada meeting yang panjang ker..jadi gantikan waktu mengepam di siang hari tadi (utk hantar signal) dengan power pumping di sebelah malam. 

- Supplement adalah sampingan sahaja utk menjadikan tubuh anda lebih sihat, tidak leti, tidak stress agar penyusuan dapat berjalan dengan lancar. VITAMIN BUKANLAH UBAT UNTUK BANYAKKAN SUSU. Walaupon anda ambil set bf, kekerapan mengepam itu perlu dijaga.

- Bila ibu2 menyusu kurang faham konsep sebenar penyusuan, dan bergantung sepenuhnya kepada supplement semata-mata dengan harapan susu kembali normal...dan hasilnya susu tidak bertambah seperti dibayangkan dek kerana tidak/kurang mengepam..supplement akan dipersalahkan..sehinggakan ada segelintir yang jadi ANTI-SUPPLEMENT.

Renung2kan dan selamat beramal...SUSUIBU THE BEST!!!! Saya doakan semua ibu2 dapat menyusukan bayi kalian dengan lancar sehingga 2 tahun. InsyaAllah!!!! ~credit~ 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ▼  August 2023 (2)
      • Shaklee Energy Booster - CoQ - Trol
      • Vitamin E aka Vitamin Hangatkan Cinta
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
    2 days ago
  • Yaya Azura
    Bengkel PKSK Fly High Edisi Terengganu di UniSZA
    4 weeks ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    3 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates