Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

Ketahui beberapa jenis zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil.

1. Asid Folik 


 Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah, ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukkan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid Folik sangat penting dalam kehamilan, ia membantu megatur pembentukkan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid Folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan Vitamin B dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari amat digalakkan untuk ibu hamil.


2. Asid Lemak Omega 3


   Omega 3 diketahui meransang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan pembentukkan sistem saraf pusat janin.Kajian menunjukkan bahawa genglosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.

 Sumber ikan , minyak ikan, bijirin dan telur omega 3 serta susu yang diperkaya omega 3.


3. Protein


    Semasa hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi, jadi ia memerlukan tambahan protein. Anda memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil, berpantang dan menyusukan bayi. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. 

     Sumber: Sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Manakala sumber lain ialah seperti kekacang, soya dan produk soya, biji-bijian dan sayuran hijau.


4. Zat Besi


    Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu, Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. 


5. Kalsium


Kalsium adalah mineral yang terbanyak yang terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukkan dan bagi mengekalkan tulangyang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. 

  Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25mg-30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan Jika bekalan kalsium tidak mencukupi janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.


Jika anda ibu yang mengandung samada anak pertama, kedua atau seterusnya dan sangat sibuk gie ada menawarkan rangkaian vitamin Shaklee untuk anda, dengan harga mampu milik ianya selamat untuk anda dan bayi anda dan ramai yang telah mendapat kebaikan daripadanya.Gie sendiri telah merasai perbezaannya,sebab mengandung anak ke 3 baru menggunakkan shaklee..sebelum ni tak kenal lagi..hihihi

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyiklan, Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah
PM/Whatsapp/Wechat :013-982 2721
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
"...I am looking for the supplement that help me to enrich my breastmilk."
sebenarnya jarang sekali ibu2 yang membeli supplemen shaklee dari saya bertanya soalan di atas...rata2 ibu-ibu hari ini lebih tertumpu untuk membanyakkan susu namun mereka sering terlupa bahawa kualiti itu lebih utama yang perlu dipentingkan dan diberi perhatian....tetapi setelah mereka membeli shaklee.dan istiqamah makan set ni...pasti mereka berpuas hati dengan kesan2 sampingan yang lain..KESAN POSITIF.kerana vitamin2 ini jugalah yang banyak membantu mengkayakan nutrisi dalam susuibu..lemak berkrim lazattt disukai baby baby....soalannya...apa suplemen yg digalakkan utk ibu menyusu


Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak..Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak ..Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.





c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 
khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. 


Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi .worth your money


Bagi yang mengalami susu merudum dgn teruk, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. ..bagi saya sendiri...dulu,zaman menyusukan Faiz.. ESP ni lah stok supplemen utama saya...kalau rasa susu kurang/merudum....minum ESP 3 x sehari .kalo hari biasa..sekali cukup dah... Memang cepat rasa susu penuh...sebab tu saya sentiasa menggalakkan ibu2 di luar sana menambah ESP




...kenyataannya. Pengambilan supplement yang BETUL akan membantu mengkayakan nutrisi dalam susuibu....Dan kerana itu lahsaya amat menyukai Shaklee..Shaklee adalah satu jenama yang telah lebih 50 tahun dalam pasaran. Produk Shaklee adalah vitamin yang khusus dan berdasarkan keperluan seharian tubuh kita


Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyikalan, Jom dapatkan harga yang berpatutan setanding dengan kualitinya. Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ▼  August 2023 (2)
      • Shaklee Energy Booster - CoQ - Trol
      • Vitamin E aka Vitamin Hangatkan Cinta
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
    1 day ago
  • Yaya Azura
    Bengkel PKSK Fly High Edisi Terengganu di UniSZA
    4 weeks ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    3 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates