Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

Bila Pertama kali ke klinik untuk membuat buku merah, Ibu pasti dibekalkan dengan 4 vitamin dari klinik. Vitamin B complex, vitamin C, asid folic dan iron (zat besi).

Ada Ibu kurang mengambil berat kenapa vitamin yang 4 ini diberikan oleh klinik? Apa fungsinya? kalau tidak ambil apa yang akan terjadi? dan banyak persoalan yang bermain di minda.

Jom kita lihat satu persatu apa fungsi vitamin ini pada ibu hamil.

Asid Folic

Menurut pakar nutrisi ibu hamil perlu mengamalkan asid folic jika merancang ingin hamil. Ia memastikan rahim anda subur dan pengambilan asid folic semasa hamil demi memastikan tulang anak dapat terbentuk dengan baik. Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang Maka kerana itu amat perlu vitamin sudah diambil.

Vitamin B complex

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Ia juga lebih dikenali dengan vitamin anti stress yang mana boleh menenangkan perasaan ibu- ibu yang tertekan akibat alahan dan badan yang sudah berubah bentuk.

Vitamin C

Vitamin C ini adalah untuk meransang penyerapan zat besi dan asid folic. Ia juga mampu menguatkan imun anak dalam kandungan. Ada satu kajian yang dijalankan secara rawak, ibu-ibu yang tidak mengambil vitamin C semasa hamil berisiko untuk mendapat anak yang mengidap eczema.

Iron Tablet

Vitamin kecil yang berwarna coklat ini sangat busuk. he he.. Ini lah vitamin yang selalu di’skip’ kan oleh Ibu. Padahal inilah vitamin paling penting kerana ia vitamin untuk menambah darah. Jika kekurangan darah, ibu- ibu boleh pitam, pengsan dan berisiko untuk mengalami tumpah darah semasa bersalin.


Namun masih ada vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung. Selalu sakit gigi atau kaki cramp misalnya. Tanda anda tidak cukup kalsium. Boleh ambil pil kalsium atau makan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi seperti susu, keju, kurma, badam  dan bayam.
Minyak ikan juga bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ia juga membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Namun suka diingatkan disini berhati- hati memilih minyak ikan yang berada di pasaran. Anda boleh rujuk ciri minyak ikan terbaik untuk minyak ikan yang bagus.

Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan


APA KEPENTINGAN MAKAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG?

1. VITAMIN B12
Vitamin B12 membantu dalan perkembangan otak, saraf dan salur darah. Ia juga dapat meningkatkan tahap tenaga, mood dan tahap stres semasa kehamilan.

2. VITAMIN C
Vitamin C merupakan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam makanan bagi mencegah anemia.

3. VITAMIN D
Badan anda memerlukan Vitamin D bagi membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus yang penting untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi. Kekurangannya boleh menyebabkan pertumbuhan yang terbantut dan juga boleh mempengaruhi berat bayi secara keseluruhannya.

4. ASID FOLIK
Ini pil vitamin yang paling biasa diberikan oleh hospital kerajaan untuk ibu mengandung. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang.
Selain dari memakan pil yang mengandungi asid folik, anda juga boleh mengambilnya secara semulajadi dengan memakan sayur-sayuran hijau, kacang dan buah limau.

5. KALSIUM
Kalsium juga penting bagi seorang ibu mengandung dengan mencegah kehilangan kepadatan tulangnya sendiri kerana bayi turut memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulangnya.
Biasanya, ibu yang alah terhadap susu atau produk tenusu akan diberi vitamin kalsium untuk membantu keperluan kalsium dalam badan.

6. IODIN
Iodin pula sangat penting bagi menjaga fungsi kelenjar tiroid sewaktu kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal yang terbantut, kecacatan mental yang parah dan kepekakan. Juga boleh menyebabkan keguguran dan lahir mati.

7. ZAT BESI
Zat besi pula membantu dalam penghasilan darah bagi ibu dan bayi dan bertindak sebagai pembawa oksigen ke seluruh bahagian badan.

Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ketahui beberapa jenis zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil.

1. Asid Folik 


 Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah, ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukkan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid Folik sangat penting dalam kehamilan, ia membantu megatur pembentukkan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid Folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan Vitamin B dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari amat digalakkan untuk ibu hamil.


2. Asid Lemak Omega 3


   Omega 3 diketahui meransang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan pembentukkan sistem saraf pusat janin.Kajian menunjukkan bahawa genglosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.

 Sumber ikan , minyak ikan, bijirin dan telur omega 3 serta susu yang diperkaya omega 3.


3. Protein


    Semasa hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi, jadi ia memerlukan tambahan protein. Anda memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil, berpantang dan menyusukan bayi. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. 

     Sumber: Sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Manakala sumber lain ialah seperti kekacang, soya dan produk soya, biji-bijian dan sayuran hijau.


4. Zat Besi


    Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu, Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. 


5. Kalsium


Kalsium adalah mineral yang terbanyak yang terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukkan dan bagi mengekalkan tulangyang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. 

  Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25mg-30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan Jika bekalan kalsium tidak mencukupi janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.


Jika anda ibu yang mengandung samada anak pertama, kedua atau seterusnya dan sangat sibuk gie ada menawarkan rangkaian vitamin Shaklee untuk anda, dengan harga mampu milik ianya selamat untuk anda dan bayi anda dan ramai yang telah mendapat kebaikan daripadanya.Gie sendiri telah merasai perbezaannya,sebab mengandung anak ke 3 baru menggunakkan shaklee..sebelum ni tak kenal lagi..hihihi

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyiklan, Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah
PM/Whatsapp/Wechat :013-982 2721
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Detox dengan Herb Lax Shaklee

Entri kali ini saya nak cerita mengenai Herb Lax. Ia lebih dikenali sebagai detox. Apa itu detox? Nak tahu? 



Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Mari kita baca testimoni di bawah

"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam..."
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"



Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyiklan, Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah
PM/Whatsapp/Wechat :013-982 2721

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assamualaikum dan selamat petang...

Herbal Blend yang sangat "HOT" yang dikenal sebagai HB. Mengalahkan Goreng pisang panas, mengalahkan Sale yang promosi 70%. Sekejap ada Lame Takde...hihihi kalahlah Chipmore.....^_^



Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak. Rase yang dingin, bermentol dan tidak berminyak membuatkan si pemakai begitu selesa dan tak melekit. Ia Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

KULIT LASAK BERHAK MENDAPAT BELAIAN LEMBUT


Krim yang melegakan ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. yeeezzzza, gie sendiri mengunakan krim ini kerana keadaan tapak kaki yang tak berapa dah sekarang ini.. Krim ini sangat sinonim dengan baby tau dengan masalah ruam atau excema..


Dan apa yang paling PENTING produk ini tidak mengandungi PARABEN. semestinya ia dari sumber yang semulajadi. selain itu ia juga boleh digunakan untuk :-

1. Ruam
2. Luka kecil
3. Calar
4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
5. Eczema
6. Masalah kulit gatal
7. Menghilangkan parut 
8. Melembutkan kulit yang kasar 
9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak. 
11. Memecahkan lemak /Pembuangan Angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut
12. Losyen kegunaan harian

apa kata dengan telah menggunakan krim serbaguna ini.







Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyiklan, Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah
PM/Whatsapp/Wechat : 013-982 2721

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Bila sebut 'Lecithin' sangat TERKENAL dengan set pengurusan berat badan, pendek kata slimlah. Tetapi kebaikannya bukan sekadar slim aje tauu.. Selain dapat menurunkan Kadar Kolestrol dan memecahkan Lemak, ia mempunyai banyak lagi kelebihan lain. Jom terokai 13 Kebaikan Lecithin yang perlu anda tahu...

Sekilas fakta: Lecithin itu sendiri adalah lemak.. FAT??..oppss! Lecihin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. contoh buat kek...yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.

  1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecitin Shaklee mengandungi 530mg of Lecitin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :gie_850421@yahoo.com
Gmail : giefauziah@gmail.com
Call/Whatsapp : 013 - 982 2721

Lot of love...
Gie Fauziah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ▼  August 2023 (2)
      • Shaklee Energy Booster - CoQ - Trol
      • Vitamin E aka Vitamin Hangatkan Cinta
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
    2 days ago
  • Yaya Azura
    Bengkel PKSK Fly High Edisi Terengganu di UniSZA
    4 weeks ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    3 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates