Kenapa Bila Hamil Kena Makan Vitamin?

by - 3:28 PM

Bila Pertama kali ke klinik untuk membuat buku merah, Ibu pasti dibekalkan dengan 4 vitamin dari klinik. Vitamin B complex, vitamin C, asid folic dan iron (zat besi).

Ada Ibu kurang mengambil berat kenapa vitamin yang 4 ini diberikan oleh klinik? Apa fungsinya? kalau tidak ambil apa yang akan terjadi? dan banyak persoalan yang bermain di minda.

Jom kita lihat satu persatu apa fungsi vitamin ini pada ibu hamil.

Asid Folic

Menurut pakar nutrisi ibu hamil perlu mengamalkan asid folic jika merancang ingin hamil. Ia memastikan rahim anda subur dan pengambilan asid folic semasa hamil demi memastikan tulang anak dapat terbentuk dengan baik. Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang Maka kerana itu amat perlu vitamin sudah diambil.

Vitamin B complex

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Ia juga lebih dikenali dengan vitamin anti stress yang mana boleh menenangkan perasaan ibu- ibu yang tertekan akibat alahan dan badan yang sudah berubah bentuk.

Vitamin C

Vitamin C ini adalah untuk meransang penyerapan zat besi dan asid folic. Ia juga mampu menguatkan imun anak dalam kandungan. Ada satu kajian yang dijalankan secara rawak, ibu-ibu yang tidak mengambil vitamin C semasa hamil berisiko untuk mendapat anak yang mengidap eczema.

Iron Tablet

Vitamin kecil yang berwarna coklat ini sangat busuk. he he.. Ini lah vitamin yang selalu di’skip’ kan oleh Ibu. Padahal inilah vitamin paling penting kerana ia vitamin untuk menambah darah. Jika kekurangan darah, ibu- ibu boleh pitam, pengsan dan berisiko untuk mengalami tumpah darah semasa bersalin.


Namun masih ada vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung. Selalu sakit gigi atau kaki cramp misalnya. Tanda anda tidak cukup kalsium. Boleh ambil pil kalsium atau makan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi seperti susu, keju, kurma, badam  dan bayam.
Minyak ikan juga bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ia juga membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Namun suka diingatkan disini berhati- hati memilih minyak ikan yang berada di pasaran. Anda boleh rujuk ciri minyak ikan terbaik untuk minyak ikan yang bagus.

Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan


APA KEPENTINGAN MAKAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG?

1. VITAMIN B12
Vitamin B12 membantu dalan perkembangan otak, saraf dan salur darah. Ia juga dapat meningkatkan tahap tenaga, mood dan tahap stres semasa kehamilan.

2. VITAMIN C
Vitamin C merupakan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam makanan bagi mencegah anemia.

3. VITAMIN D
Badan anda memerlukan Vitamin D bagi membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus yang penting untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi. Kekurangannya boleh menyebabkan pertumbuhan yang terbantut dan juga boleh mempengaruhi berat bayi secara keseluruhannya.

4. ASID FOLIK
Ini pil vitamin yang paling biasa diberikan oleh hospital kerajaan untuk ibu mengandung. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang.
Selain dari memakan pil yang mengandungi asid folik, anda juga boleh mengambilnya secara semulajadi dengan memakan sayur-sayuran hijau, kacang dan buah limau.

5. KALSIUM
Kalsium juga penting bagi seorang ibu mengandung dengan mencegah kehilangan kepadatan tulangnya sendiri kerana bayi turut memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulangnya.
Biasanya, ibu yang alah terhadap susu atau produk tenusu akan diberi vitamin kalsium untuk membantu keperluan kalsium dalam badan.

6. IODIN
Iodin pula sangat penting bagi menjaga fungsi kelenjar tiroid sewaktu kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal yang terbantut, kecacatan mental yang parah dan kepekakan. Juga boleh menyebabkan keguguran dan lahir mati.

7. ZAT BESI
Zat besi pula membantu dalam penghasilan darah bagi ibu dan bayi dan bertindak sebagai pembawa oksigen ke seluruh bahagian badan.

Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan

You May Also Like

0 comments