Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

ALLAH telah atur sebaiknya. Walaupun apa yang kita usahakan gagal. Mulai sekarang kita telah pasrah. Mungkin belum tiba masanya, moga ALLAH bantu kita untuk lebih sabar lagi. Namun, apa yang kita harapkan memang mungkin tak akan menjadi milik kita, moga ALLAH beri kita kekuatan menerima kenyataan ini dan memilih kita berbahagia di Akhirat nanti. Semakin bertambah usia, kita harus dipaksa menjadi kuat. Bukan kerana masalah yang semakin padat, tapi babak baru kita mengenal Dunia yang sebenarnya.  



Hidup memang selalu dengan teka-teki baru, ada saja hal diluar kawalan kita. Semakin dewasa itu, kita harus mampu mengawal emosi dan mengurangkan ego. Beginilah perjalanan manusia, akan ada saja fasa hidup yang mengoncangkan jiwa, kehilangan pegangan, kehilangan kepercayaan, kehilangan seseorang yang kita sayang. Apa saja takdir, kita harus terima agar hati kita tenang dan jiwa kita lapang. Batas akhir dalam perjuangan yang belum kita mampu ialah ikhlas. Tak apa, perlahan-lahan kita belajar mengikhlaskan.   

Boleh jadi, setiap kesedihan yang terjadi adalah pintu yang ALLAH bukakan untuk memperbaiki Akhirat kita. Sampai hari ini hati kita masih sesak, tak apa-apa. Kita masih mampu mengusahakan lagi, kan kita ada hari esok?. Sungguhpun isi kepala kita masih berpusing ligat memikirkan kerasnya kehidupan, katakan pada hati tak apa-apa hari ni masih gagal, walaupun sudah buat yang terbaik. Jika esok masih diberi waktu, itu tandanya ALLAH mahu melihat kita menjadi lebih baik lagi.   

Hidup itu adalah sebuah pilihan. Jika saat ini kita kalah, maka kita harus memilih apakah akan terus kalah atau bangkit untuk menang? Jika kita memang kalah, maka janganlah biarkan kekalahan berlama-lama dalam diri kita. Jangan biarkan kekalahan lebih dari sehari menyelimuti diri kita. Segera bangkit dan kembali rebut kemenangan hari esok. Disetiap kesulitan pasti ada kemudahan. 




Jika kita mampu memahami apa yang sedang terjadi dalam hidup, pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam dan katakan "Yaa ALLAH aku tahu ini semua perancanganMu, tolong bantu aku melaluinya"

Credit: Rohana Saad

Kak Gie doakan yang sudi membaca kata-kata motivasi ingin terus kuat jalani hidup dengan Syukur. Kita selalulah memandang duniadari mata hati yang penuh rasa syukur, membuat semua terlihat indah dan membahagiakan. Teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.

Terus bangkit jika jatuh, terus bangkit jika tersungkur. Jalan pernah pernah Putus asa dengan hidup. Kerana ia adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan. 


#Blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:


(Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah


Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

KECANTIKAN AKAN HILANG DI MAMAH TUA
Usah risau kalau kita tidak cantik. Jangan rasa hina andai kita tidak tampan. Kadangkala kecantikan orang lain itu membuat kita rasa rendah diri. Adakala ketampanan orang lain menyebabkan kita rasa tiada harga diri. Kita persoalkan kenapa kita tidak secantik dirinya? Mengapa kita tidak dilahirkan tampan sepertinya? Kita tidak boleh ubah rupa yang sedia ada. Kita selalu terlupa segala nikmat lain yang kita terima. Bersyukurlah wahai pelupa. Allah pemilik alam semesta yang menciptakan kita. Mana mungkin sang Pencipta tidak tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba ciptaanNya. Jangan dipinta yang tidak ada. Sebaliknya memanfaatkan yang sedia ada. Bukan cantik luaran yang kita kejarkan, tapi indah dalaman yang kita impikan.

Manusia hari ini terlalu sibuk menghiasi luaran sehingga terlupa sisi dalaman. Luaran itu tak lama. Kulit yang tegang sampai masa berkedut juga. Kecantikan akan hilang dimamah tua. Rambut tidak selamanya hitam. Bila sampai masanya, kepala kita diganti dengan uban. Diri kita bukan kita yang punya. Yang luaran itu akan pudar seiring usia. Yang dalaman itu yang harus dibina. Dalaman itu yang akan kita bawa bertemu Allah Azza Wajalla. Tentu saja dalaman itu adalah HATI. Kenapa bukan hati itu yang kita persiapkan? Mengapa bukan hati itu yang kita hiaskan? Betapa ramai yang sedia berkorban demi bergelar cantik. Duit sudah terlalu banyak dikeluarkan. Biar tak berharta asalkan punya wajah yang jelita. Demi diri kelihatan menawan, segalanya boleh dikorbankan.
Cantik itu tidak selamanya membawa kebahagiaan. Bahkan dengan kecantikan itu boleh mengundang kemurkaan tuhan. Hanya untuk dikata cantik dia langgar perintah Allah. Kerana ingin dipuji cantik, akhirat dia gadaikan. Biarlah tidak cantik asalkan hati beriman. Biarlah tidak tampan janji taqwanya mapan. Jangan mudah rendah diri dengan rupa zahir. Jangan rasa kecil hati dengan itu semua. Bukan semua manusia lahir dianugerahkan kecantikan rupa. Tetapi setiap insan itu dihadiahkan sekeping hati yang perlu ditempa. Hati itu yang akan menjadikan kita mulia. Hati itulah yang bertakhta padanya bahagia.
Maha suci Allah yang maha bijaksana dalam mencipta kita. Dia sentiasa berlaku adil pada kita hamba-hambaNya. Allah tidak menilai kita dengan paras rupa. Syurga itu bukan untuk mereka yang cantik tampan semata-mata. Tetapi Syurga itu untuk semua pemilik hati yang bertaqwa. Sabda nabi junjungan mulia:“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat luaran kamu dan harta kamu, tetapi Allah s.w.t. melihat hati kamu”. Cukuplah merisaukan tentang luaran diri. Bersyukurlah dengan segala yang dimiliki. Mari kita cantikkan hati. Mudah-mudahan dengannya kebahagian itu bertandang kemari.

Wallahualam..sekadar Pengkongsian
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ▼  August 2023 (2)
      • Shaklee Energy Booster - CoQ - Trol
      • Vitamin E aka Vitamin Hangatkan Cinta
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
    2 days ago
  • Yaya Azura
    Bengkel PKSK Fly High Edisi Terengganu di UniSZA
    4 weeks ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    3 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates