Testimoni Shaklee Saya : Pedih Ulu Hati Hilang, bebas dari GERD

by - 10:42 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang disayangi..semoga anda dipermudahkan dan diceriakan dengan warna-warni kehidupan yang manis.

Kali ini Kak Gie terpanggil nak share tentang testimoni Kak Gie sendiri. Alhamdulillah 11 tahun bersama Shaklee buatkan asbab sayang dengan bisnes 100%, tapi sayangnya akan Shaklee effect pada diri Kak Gie serta famili sendiri. 

Pernah dengar GERD? Bertahun Kak Gie mengalami masalah GERD, biasa ada yang panggil pedih ulu hati. First time kena Gerd time mengandung anak ke 2,masa tu ingatkan alahan. Dari awal pregnant hingga bersalin. Lepas bersalin okay. setiap kali mengandung alami masalah yang sama. Namun selepas bersalin anak ke 4, GERD berlarutan. memang sengsara.

Apakah maksud penyakit GERD?
Penyakit GERD adalah singkatan Gastro Esophageal Reflux Disesase. Merupakan penyakit saluran pencernaan akibat asid yang naik ke esofagus (refluks).
Penyakit GERD lebih kurang gastrik tetapi lebih teruk lagi sehingga menyebabkan pedih ulu hati yang keterlaluan bagai disiat-siat sehingga dada menjadi sempit, pedih dan melukakan saluran pernafasan.

GERD akan membuatkan pesakit merasa mual dan mahu muntah. Pesakit juga merasa sakit dijantung dan nyeri didada sehingga kadang-kadang rasa macam sakit jantung pulak.
Apakah ciri-ciri atau gejala penyakit GERD?
1. Perut dan dada terasa nyeri seperti terbakar. Sakit sampai ke tengkuk.
2. Perut terasa kembung, mual disertai muntah, pedih ulu hati yang keterlaluan.
3. Sering sendawa.
4. Mulut terasa pahit, ada juga yang sampai tersedak.
5. Susah untuk menelan makanan.
6. Meningkatnya jumlah pengeluaran air liur.
7. Batuk kering dan suara menjadi serak.

Pesakit merasa pedih ulu hati keterlaluan, sakit perut dan dada seperti terbakar. Selalunya GERD menyerang apabila lambat makan atau tersilap makan. memang tak boleh nak spesifik ketika itu. Tapi Kak Gie dapat rasakan punca Kak Gie alami GERD adalah kerana corak pemakanan. Dulu Kak Gie memang tak suka makan pagi. Corak pemakanan sangat tak teratur.

Faktor-faktor penyebab GERD adalah:
1. Obesiti atau kegemukan
2. Penyakit Diabetes
3. Penyakit Asma
4. Kehamilan
5. Merokok
6. Mulut kering/selalu ulser
7. Perut selalu kosong

Selepas PKP, tahun 2021 tak silap GERD semakin teruk. Jumpa Doktor dan makan ubat yang dibekalkan klinik pun tak jalan. Sengsara sangat ketika tu sebab makan sikit pun dah pedih ulu hati, dada rasa terbakar. Bila Kak Gie search GERD boleh di atasi dengan ubah corak pemakanan.



Kak Gie mencuba dengan Set Hello New You Shaklee dan Intternmittent Fasting. Selama 2 bulan buat IF, amalkan suplemen Shaklee secara konsisten serta kurangkan makan pedas, tepung, kafein. Alhamdulillah kini Kak Gie bebas dari GERD. rasenya dah lebih 6 bulan tidak mengalami masalah pedih ulu hati.

ESP Minuman Untuk GERD

Energizing Soy Protein (ESP)

GERD menyebabkan sel dinding esofagus terjejas atau terhakis. Ia dapat dipulihkan  kembali dengan ESP. ESP bantu membaikpulih sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru yang lebih sihat.

Selain itu ESP bantu untuk menangani masalah perut kosong. Perut kosong menyebabkan terhasilnya lebih banyak asid perut. Asid perut nilah yang akan menghakis sel dinding  esofagus.

Jadi ESP sangat membantu untuk menangani masalah perut kosong dan baikpulih sel yang rosak.

  • Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
  • Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.


OSTEMATRIX SHAKLEE
Kehadiran asid perut yang berlebihan amat tidak sihat dan membahyalan kesihatan. Asid ini akan menghakis sel dinding perut juga sel dinding esofagus bagi pengidap GERD.
Ostematrix bersifat alkali sekaligus bantu meneutralkan asid perut.

B COMPLEX SHAKLEE
Seperti yang telah diterangkan  diatas, emosi yang tidak stabil boleh memacu kepada masalah GERD. Ini kerana emosi tidak stabil boleh menyebabkan perut mengeluarkan asid secara tidak terkawal.
Dengan mengamalkan B Complex,ianya dapat membantu mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan terkawal.

Begitulah kisah Testimoni Shaklee Kak Gie sendiri. Sebenarnya banyak yang nak dikongsi bersama anda, setakat itu dulu kisah hari ini. Dan untuk pengetahuan asbab kesan inilah yang menyebabkan Kak Gie love dan sayang sangat dengan suplemen Shaklee.

Untuk pengetahuan, team KakGie pun ada buat Group khas untuk Internmittent Fasting (IF). Special untuk ahli yang berdaftar untuk team KakGie sahaja. Contact Kak Gie okay 😊



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.



You May Also Like

0 comments