Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

Khasiat Setiap Ramuan Dalam ResV Shaklee


khasiat setiap ramuan dalam ResV Shaklee

ResV Shaklee adalah campuran proprietari semulajadi polifenol dan ramuan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Pati Anggur, Delima, Chebulic Myrobalan, Black Currant, Anggur Merah dan Lobak Ungu dengan khasiat yang tersendiri. 



Setiap kandungan di dalam ResV dipilih dan diekstrak dengan teliti. Proses pengekstrakan yang dipatenkan ini mengekalkan bioaktif polifenol. Apabila ianya dipatenkan, bermaksud cara pengekstrakan biopolifenol in hanya terdapat di Shaklee sahaja. Exclusive untuk anda!

Apa yang anda perolehi adalah manfaat polifenol di dalam setiap softgel.

Berikut Disenaraikan Khasiat Setiap Ramuan Yang Terdapat Di Dalam Sebutir Softgel ResV Shaklee:

Khasiat Anggur Muscadine sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee

Kebaikan Anggur Muscadine sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Anggur Muscadine

Seperti VIVIX, Anggur Muscadine merupakan ramuan utama dalam ResV.

Anggur Muscadine merupakan buah luar biasa yang mempunyai sifat antioksidan yang sangat berkuasa dan profil polifenol yang unik seperti Asid Elagik dan Elagitanin, polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan. 

Antara kebaikan Anggur Muscadine ialah:

✓ Anti Penuaan. 
✓ Anti pertumbuhan sel yang abnormal. 
✓ Manfaat kesihatan jantung. 

Khasiat Japanese Knotweed sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee

Kebaikan Japanese Knotweed sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Japanese Knotweed

Ramuan ke-2 ialah Japanese Knotweed yang kaya dengan resveratrol. 

RESVERATROL adalah salah satu polifenol yang paling banyak dikaji dan telah mendapat reputasi untuk kesihatan yang lebih baik. 

Antara kebaikan Japanese Knotweed ialah:

✓ Anti pertumbuhan sel yang abnormal. 
✓ Anti keradangan. 
✓ Meningkatkan peredaran darah. 
✓ Menyokong paras gula darah dan tahap kolesterol yang sihat. 
✓ Melambatkan kehilangan kolagen dan elastin. 

Khasiat Lobak Ungu sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee

Kebaikan Lobak Ungu sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Lobak Ungu

Ramuan ke-3 ialah Lobak Ungu yang kaya dengan antioksidan.

Walaupun semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai manfaat kesihatan luar biasa. 

Antara kebaikan Lobak Ungu ialah:

✓ Menggalakkan kesihatan penglihatan. 
✓ Memperbaiki keanjalan salur darah. 
✓ Anti keradangan. 

Khasiat Chebulic Myrobalan sebagai ramuan di dalam ResV

Kebaikan Chebulic Myrobalan sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Chebulic Myrobalan

Ramuan hebat berikutnya ialah Chebulic Myrobalan yang merupakan herba terapeutik Ayurveda. Terkenal dalam perubatan traditional Ayuverda.

Chebulic Myrobalan juga dikenali sebagai ‘Raja segala Ubat’ atau ‘Ibu segala Herba’ kerana ia selalu disenaraikan sebagai ubat pertama yang digunakan dalam Ayurveda disebabkan manfaat terapeutiknya yang luar biasa. 

Mengandungi polifenol penting seperti Asid Galik dan Asid Elagik. 

Digunakan secara tradisional untuk: 

  • Menyokong kesihatan penghadaman dan proses pembersihan semula jadi badan.
  • Membantu dalam masalah buasir dan batuk
  • Menyokong paras gula darah yang sihat
  • Menyokong fungsi hati dan peparu yang sihat

Juga digunakan sebagai “pil air,” dan biasanya digunakan untuk: 

  • Membaiki kesihatan sistem pembiakan 
  • Membaiki kesihatan saluran kencing

Khasiat Anggur Hitam sebagai ramuan di dalam ResV

Kebaikan Anggur Hitam sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Anggur Hitam

Ramuan berikutnya ialah Anggur Hitam yang kaya dengan vitamin!

Dikenali sebagai ‘superstar vitamin’, anggur hitam sangat kaya dengan vitamin.

Sumber vitamin C yang sangat baik, hampir empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren.

Mengandungi polifenol Antosianin dan Sianidin.

Anggur hitam mempunyai rasa yang berbeza dan manfaat kesihatan yang luar biasa termasuklah:

✓ Antimikrob 
✓ Anti keradangan 
✓ Antiviral 
✓ Antitoksik 
✓ Antiseptik 

Antara manfaat Anggur Hitam kepada kesihatan ialah: 

  • membantu menguatkan sistem imunisasi anda
  • melegakan sakit tekak
  • meredakan gejala selsema

Khasiat Buah Delima sebagai ramuan di dalam ResV

Kebaikan Buah Delima sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Buah Delima

Buah Delima merupakan salah satu buah yang paling menyihatkan di dunia.

Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid Elagik, dan Flavonoid lain (quercetin, kaempferol, dan luteolin glycosides). 

Kelebihan Buah Delima:

  • Antioksidan yang berkuasa.
  • Mengandungi sifat antibakteria dan antiviral, membantu melawan jangkitan. 
  • Boleh menguatkan sistem imunisasi anda. 
  • Menggalakkan kesihatan sendi dan jantung. 

Khasiat Hampas Anggur dan Anggur Merah sebagai ramuan di dalam ResV

Kebaikan Hampas Anggur dan Anggur Merah sebagai ramuan di dalam ResV Shaklee
Ramuan ResV: Hampas Anggur dan Anggur Merah

Anggur Merah merupakan buah yang sangat berkhasiat untuk jantung sihat.

Kaya dengan antioksidan dan serat, anggur merah sangat baik untuk kesihatan jantung. 

Biji dan kulit anggur mengandungi polifenol seperti Proantosianidin yang mempunyai antioksidan yang lebih hebat daripada vitamin E dan vitamin C. 

Polifenol dalam anggur boleh membantu:

  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan keradangan akibat tekanan oksidatif
  • membaiki aliran darah
  • melindungi jantung anda

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

#ResVShaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi..

Kali ni Gie berhasrat nak share tentang "killer produk Shaklee No. 1" iaitu VIVIX.Vivix  adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioksidan. Vivix  adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix  merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Vivix ni adalah bahan botanical daripada 4 bahan semulajadi yang tinggi polifenol.Bahan-bahan yang ada dalam vivix adalah :-

  • Anggur muscadine
  • Carrot purple
  • Elderberri Eropah
  • Knotweed Jepun.

p/s: Apakah itu antioksidan?Antioksidan adalah bahan yang boleh melindungi sel anda dari kesan radikal bebas. Ia didapati secara semulajadi dalam makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijirin, kacang, biji, herba dan rempah-ratus.

Kajian menunjukkan gabungan 4 bahan botanical ini menghasilkan minuman polifenol 10 kali ganda manfaatnya kepada badan manusia. Polifenol ni kita akan jumpa dalam tumbuhan yang berwarna gelap. Dan fungsi polifenol ni kepada tumbuhan adalah menjaga, melindungi tumbuhan tersebut.

Daripada kajian inilah, Shaklee hasilkan minuman polifenol yang lagi power dan fungsinya juga untuk

  • Melindungi sel-sel badan kita.
  • Repair/renew sel-sel yang rosak kepada sel-sel yang sihat
  • Meningkatkan prestasi sel yang tak sihat kepada sel-sel yang bertenaga
  • Melindungi Sel-sel yang sihat daripada rosak.

Istimewanya minuman botanical ni adalah 'pure' , tak ada setitik campuran bahan-bahan perasa lain pun dan tak ada sebarang pewarna tambahan termasuk air. Hanya Extract daripada 4 bahan botanical semulajadi ni sahaja. Ia bukan jus seperti minuman polifenol kat luar sana.

Cuba ambik vivix letak kat freezer, memang tak akan beku. Melainkan korang beli vivix yang tak original haaaa dah campur dengan air mesti beku kalau letak kat freezer. Sama situasi nya macam madu asli. Madu asli kalau kita letak dalm freezer ia tak akan membeku, melainkan madu tu dah di campur. Itulah keistimewaan hebatnya ciptaan Allah.


Extract daripada 4 bahan semulajadi inilah terjadinya vivix yang mempunyai polifenol yang tinggi dan kaya dengan antioksidan. 6-8 kali ganda power antioksidan minuman polifenol ni daripada beri lain. Yang istimewanya ia tiada di keluaran Syarikat lain yer.

Inilah fungsi Polifenol yang sangat Power. 

Sedekad yang lalu, terdapat banyak faedah terhadap potensi manfaat kesihatan daripada tumbuhan yang mengandungi polifenol sebagai antioksidan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan manusia.

MANFAAT KESIHATAN
4 Manfaat Kesihatan yang Hebat dari Polifenol

1. Membersih dan Detoks
Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal.
  • Melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 
  • Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah keletihan dan hati berlemak atau mencari penyelesaian detoksifikasi hati secara semula jadi!
  • Polifenol terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. 
  • Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.
2. Meningkatkan Tenaga
Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama anda, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Polifenol juga membantu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita.
  • Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.
  • Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa - resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka, meningkatkan prestasi senaman.
  • Resveratrol didapati meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam. 

3. Kulit Berseri
Kajian klinikal terkini mencadangkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit  untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri.
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang tegang.
  • Melicinkan garis halus dan kedutan untuk kulit yang kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan Perlindungan
Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal. Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu:
  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Kurangkan tekanan biologi dalam badan.


Shaklee ada lebih 70 orang full time scientist yang pakar dalam bidang masing-masing. Antara SAB Scientific Advisory Board shaklee adalah Dr Elizaberth Blackburn seorang pemenang hadiah Nobel dunia,beliau adalah penemu dan pengkaji "telemore" dlm DNA. Kajian beliau menguatkan lagi keunggulan vivix sbg world best anti aging supplements.


Dapatkan #VivixShaklee sekarang sementara ada promosi.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Shaklee Kuala Terengganu, Kuala Nerus 013-9822721 



Baru arini terbuka entry nk iklan diri sendiri nk perkenalkan Shaklee Independent Distributor... or dalam bahasa Melayu nya Jurujual atau Pengedar Sah Shaklee...
Kakgie adalah pengedar sah Shaklee (ID 912406) Malaysia. 


Oleh kerana Shaklee Cawangan Terengganu belum ada lagi, so orang Kuala Terengganu kena Beli Shaklee dari Pengedar Shaklee Kuala Terengganu. Shaklee takde Kedai Shaklee Terengganu atau Stokis Shaklee Kuala Terengganu (sebab Shaklee takde sistem Stokis) maka warga Terengganu boleh dapatkan Produk Shaklee daripada KAKGIE TRUSTED DEALER SINCE DECEMBER 2012 di talian 013-982 2721.


Menyediakan perkhidmatan Penhantaran dan COD Wisma Persekutuan Kuala Terengganu, Wisma Darul Iman, Pasar Kedai Payang, Kuala Ibai, Chendering, Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Omar, Jalan Batas Baru, Jalan Sultan Sulaiman, Bukit Payung,Mydin, Giant, Gong Badak, Batu Enam, Seluruh Kawasan Manir, Kuala Telemong, Batu Hampar, Tepoh, sekitar Bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan  Marang.


Penghantaran KURIER ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/ Gdex / Citylink.



Jika anda perlukan suplemen semulajadi bagi :-

♥ SKIN CARE 

♥ PERMASALAHAN KULIT

♥ PENYUSUAN

♥ IBU MENGANDUNG

♥ BERPANTANG

♥ INGIN MENURUN BERAT BADAN

♥ INGIN MENAMBAH BERAT BADAN

♥ KESUBURAN 

♥ ANAK KURANG SELERA MAKAN

♥ TEKANAN DARAH TINGGI

♥ TEKANAN DARAH RENDAH

♥ BATU KARANG

♥ KESIHATAN SENDI

♥ KESIHATAN JANTUNG DAN MASALAH KOLESTROL SERTA KENCING MANIS 

♥ KEMBUNG PERUT / ANGIN DALAM BADAN

♥ PENJAGAAN RUMAH

♥ UNTUK IBU BAPA dan banyak lagi

Anda boleh hubungi KakGie untuk maklumat lanjut Jumpa anda di whatsapp ya! Jangan lupa dapatkan produk Shaklee dengan Pengedar Shaklee yang Sah tau! 

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.

shaklee terengganu

#Blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:


(Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang disayangi..semoga anda dipermudahkan dan diceriakan dengan warna-warni kehidupan yang manis.

Kali ini Kak Gie terpanggil nak share tentang testimoni Kak Gie sendiri. Alhamdulillah 11 tahun bersama Shaklee buatkan asbab sayang dengan bisnes 100%, tapi sayangnya akan Shaklee effect pada diri Kak Gie serta famili sendiri. 

Pernah dengar GERD? Bertahun Kak Gie mengalami masalah GERD, biasa ada yang panggil pedih ulu hati. First time kena Gerd time mengandung anak ke 2,masa tu ingatkan alahan. Dari awal pregnant hingga bersalin. Lepas bersalin okay. setiap kali mengandung alami masalah yang sama. Namun selepas bersalin anak ke 4, GERD berlarutan. memang sengsara.

Apakah maksud penyakit GERD?
Penyakit GERD adalah singkatan Gastro Esophageal Reflux Disesase. Merupakan penyakit saluran pencernaan akibat asid yang naik ke esofagus (refluks).
Penyakit GERD lebih kurang gastrik tetapi lebih teruk lagi sehingga menyebabkan pedih ulu hati yang keterlaluan bagai disiat-siat sehingga dada menjadi sempit, pedih dan melukakan saluran pernafasan.

GERD akan membuatkan pesakit merasa mual dan mahu muntah. Pesakit juga merasa sakit dijantung dan nyeri didada sehingga kadang-kadang rasa macam sakit jantung pulak.
Apakah ciri-ciri atau gejala penyakit GERD?
1. Perut dan dada terasa nyeri seperti terbakar. Sakit sampai ke tengkuk.
2. Perut terasa kembung, mual disertai muntah, pedih ulu hati yang keterlaluan.
3. Sering sendawa.
4. Mulut terasa pahit, ada juga yang sampai tersedak.
5. Susah untuk menelan makanan.
6. Meningkatnya jumlah pengeluaran air liur.
7. Batuk kering dan suara menjadi serak.

Pesakit merasa pedih ulu hati keterlaluan, sakit perut dan dada seperti terbakar. Selalunya GERD menyerang apabila lambat makan atau tersilap makan. memang tak boleh nak spesifik ketika itu. Tapi Kak Gie dapat rasakan punca Kak Gie alami GERD adalah kerana corak pemakanan. Dulu Kak Gie memang tak suka makan pagi. Corak pemakanan sangat tak teratur.

Faktor-faktor penyebab GERD adalah:
1. Obesiti atau kegemukan
2. Penyakit Diabetes
3. Penyakit Asma
4. Kehamilan
5. Merokok
6. Mulut kering/selalu ulser
7. Perut selalu kosong

Selepas PKP, tahun 2021 tak silap GERD semakin teruk. Jumpa Doktor dan makan ubat yang dibekalkan klinik pun tak jalan. Sengsara sangat ketika tu sebab makan sikit pun dah pedih ulu hati, dada rasa terbakar. Bila Kak Gie search GERD boleh di atasi dengan ubah corak pemakanan.



Kak Gie mencuba dengan Set Hello New You Shaklee dan Intternmittent Fasting. Selama 2 bulan buat IF, amalkan suplemen Shaklee secara konsisten serta kurangkan makan pedas, tepung, kafein. Alhamdulillah kini Kak Gie bebas dari GERD. rasenya dah lebih 6 bulan tidak mengalami masalah pedih ulu hati.

ESP Minuman Untuk GERD

Energizing Soy Protein (ESP)

GERD menyebabkan sel dinding esofagus terjejas atau terhakis. Ia dapat dipulihkan  kembali dengan ESP. ESP bantu membaikpulih sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru yang lebih sihat.

Selain itu ESP bantu untuk menangani masalah perut kosong. Perut kosong menyebabkan terhasilnya lebih banyak asid perut. Asid perut nilah yang akan menghakis sel dinding  esofagus.

Jadi ESP sangat membantu untuk menangani masalah perut kosong dan baikpulih sel yang rosak.

  • Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
  • Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.


OSTEMATRIX SHAKLEE
Kehadiran asid perut yang berlebihan amat tidak sihat dan membahyalan kesihatan. Asid ini akan menghakis sel dinding perut juga sel dinding esofagus bagi pengidap GERD.
Ostematrix bersifat alkali sekaligus bantu meneutralkan asid perut.

B COMPLEX SHAKLEE
Seperti yang telah diterangkan  diatas, emosi yang tidak stabil boleh memacu kepada masalah GERD. Ini kerana emosi tidak stabil boleh menyebabkan perut mengeluarkan asid secara tidak terkawal.
Dengan mengamalkan B Complex,ianya dapat membantu mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan terkawal.

Begitulah kisah Testimoni Shaklee Kak Gie sendiri. Sebenarnya banyak yang nak dikongsi bersama anda, setakat itu dulu kisah hari ini. Dan untuk pengetahuan asbab kesan inilah yang menyebabkan Kak Gie love dan sayang sangat dengan suplemen Shaklee.

Untuk pengetahuan, team KakGie pun ada buat Group khas untuk Internmittent Fasting (IF). Special untuk ahli yang berdaftar untuk team KakGie sahaja. Contact Kak Gie okay 😊



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

 (Gie Fauzieyah)
PM,Whatsapp : 013-982 2721
ID Shaklee: 912406
Emel:giefauziah@gmail.com
Facebook : Giefauzieyah   

Konsultansi sebelum dan selepas pembelian akan diberikan Secara PERCUMA kepada Anda! semestinya TAWARAN harga menarik dari saya.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ▼  2023 (31)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (4)
    • ▼  June 2023 (6)
      • ResV Top 1 Produk Shaklee, Polifenol Yang Berkuasa
      • VIVIX PRODUK PREMIUM! TAKDE PADA PASARAN SELAIN SH...
      • Pengedar Shaklee Kuala Terengganu since Disember 2012
      • Testimoni Shaklee Saya : Pedih Ulu Hati Hilang, be...
      • Vita-Lize Shaklee: Multivitamin terbaik di Malaysi...
      • HENDAK TERUS KALAH ATAU BANGKIT UNTUK MENANG?
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    18 hours ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    1 month ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    2 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates