Kesihatan tulang JANGAN dipandang remeh..
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
Bila baca artikel ni.. rasa nak telan sebotol Ostematrix...betul tak??..tapi ape2 pun BETTER LATE THAN NEVE. Sebelum ni takdelah hairan sgt bab2 tulang ni sebab bila rasa segar sihat.. mmg tak ingat ape.. (lupe diri kannn) .. tapi bila pinggang rasa sakit.. lenguh2.. rasa mcm nak patah.. hmm.. baru sedar diri.. Apa yg saya baca salah satu cara utk mengekalkan tulang yg sihat adalah pengambilan nutrien yg seimbang.. salah satunya pengambilan kalsium dari sumber susu,etc...
Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.. Ostematrix, Omega, Vivix..
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Jika anda ada sebarang Pertanyaan dan Kemusyikalan, Jom dapatkan harga yang berpatutan setanding dengan kualitinya. Setiap Pembelian dengan saya, Anda Layak Mendapat Khidmat Konsultansi secara PERCUMA dan Layak Menyertai 'Secret Group' pengguna Shaklee kami.
Fauziah-Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah
___________________________________________
0 comments