Gie Fauzieyah | SHAKLEE TERENGGANU| ID 912406 | 013-982 2721. Powered by Blogger.

GieFauzieyah

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,

mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
            Tak pandai kira BMR atau keperluan kalori seharian anda? Dapatkan panduan
             Klik Disini Cara Kira Kalori  
@ copy Link >> http://walking.about.com/cs/calories/l/blcalcalc.htm
  1. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut
  2. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  3. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Credit 


Dapatkan Pelbagai Tips Dari Blog ini.. ^_^ Jangan Lupa Follow yer. ;-)

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: GieFauzieyah



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

1 – Sup

Kepercayaan dulu-dulu: Makanan berasaskan sup ini bagus untuk kesihatan, malah mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sesebuah sup?

Fakta: Bukan semua sup mengandungi rendah kalori. Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini tidak menyihatkan, meskipun kamu berniat untuk menaikkan berat badan.

2 – Burger

Kepercayaan dulu-dulu: Jangan makan nasi, kerana nasi menggemukkan. Beralihlah kepada benda lain untuk makan malam, seperti burger ke. Tak pe, jangan risau, asalkan bukan nasi, awak tak gemuk punya!

Fakta: Tak nak sentuh jauh-jauh, cukuplah fokus kepada daging burger itu sahaja, ok? Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang daripada lemak tepu (lemak sapi), iaitu kira-kira sebanyak 14g untuk sekeping patty. Kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega yang murah juga mengandungi lemak tepu), sekiranya dibeli di luar. Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega.

3 – Yong Tau Foo

Kepercayaan dulu-dulu: (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, awak boleh kurus punya. Makan sesuatu yang rebus-rebus seperti Yong Tau Foo ke, dah cukup…

Fakta: Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak pada kuahnya; tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (namun ini bergantung kepada resepi yang digunakan si penjual). Bayangkan anda menuang sebotol sos cili keatas sehidangan tauhu rebus, rasa-rasanya berani tak nak menghirup kuah Yong Tau Foo tu? Aku pernah lihat ada individu yang menghirup kuah Yong Tau Foo apabila tauhu-tauhu dan bebola yang lain sudah habis (ini kes Yong Tau Foo kuah banjir).

4 – Twisties (Snek ringan)

Kepercayaan dulu-dulu: Berapa la sangat, setakat satu pek besar Twisties. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tonton TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!

Fakta: Sebungkus pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal (suku daripada jumlah kalori purata yang kita perlukan dalam sehari). Dan siapa sangka, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Oh ya, perumpamaan mudah, disebabkan satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 20g lemak, jumlah tersebut sebenarnya bersamaan dengan kira-kira 2 sudu besar minyak masak. Maka secara teorinya menghabiskan sebungkus besar pek Twisties adalah bersamaan dengan menghirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Terpulanglah.

5 – Capati

Kepercayaan dulu-dulu: Kalau nak sihat ketika makan di kedai mamak, silalah makan capati, kerana capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, kerana roti canai banyak minyak. Tak percaya? Tengoklah yang kilau-kilau pada permukaan roti canai tu.

Fakta: Mesti ramai yang tak tahu. Tapi capati sebenarnya adalah ‘pembohongan’ paling berjaya oleh pemilik kedai mamak kepada mereka yang meluahkan kata-kata di atas. Ya, capati sememangnya mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati menggunakan minyak sapi (lemak tepu) disamping mentega, dan di situlah terletaknya kalori tersembunyi yang ramai mungkin tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, sekeping capati (100g) mengandungi jumlah kalori yang hampir sama sahaja dengan sekeping roti canai (100g), iaitu 300kcal.

Nota Kaki: Pendedahan ini tidak bermaksud makanan-makanan di atas tidak boleh dinikmati langsung. Tujuan penulisan ini hanyalah sekadar untuk menyedarkan kita bersama akan ‘helah’ yang terdapat dalam makanan-makanan yang popular di negara kita, agar kita lebih berwaspada dalam memilih makanan, dan juga menentukan berapa banyak dan berapa kerap makanan tersebut harus diambil.


Credit :



Dapatkan Pelbagai Tips Dari Blog ini.. ^_^ Jangan Lupa Follow yer. ;-)

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: Giefauzieyah



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tgh Blog Walking terjumpe laa benda ni...saje nak kongsi... ^_^

1.Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2.Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3.Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5.Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak
perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7.Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9.Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10.Barangsiapa membekalkan anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahala anak-anak.

11.Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13.Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...sihat ke semua??

Bulan Januari berlabuh,Februari menjelma..Dan kali ini Shaklee mengistiharkan Promosi Febuari 2014 adalah Vitalea (Multivitamin yang tertua di dunia) dan vitalea adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee. Okay,kali ni nak cerita pasal vitalea. Jom kita terjah, korek Rahsia Vitalea Shaklee..

Shaklee adalah  vitamin semulajadi yang diextract daripada sumber alam yang tentunya lebih baik dari vitamin sintetik atau tiruan..Pelbagai kajian yang telah dibuat oleh pelbagai pihak bagi membuktikan shaklee adalah semulajadi samaada pihak shaklee sendiri mahupun persendirian...jom kite tengok ape kajian yang dorang buat tentang vitalea ni...

Kajian 1- Penggunaan bahan kimia didalam vitamin untuk menghasilkan nya
credit


Gambar menunjukkan kepadatan kandungan didalam multivitamin brand s & vitalea shaklee.Untuk menghasilkan kapsul  yang padu memerlukan cost & masa yang lame. Sebab tu ade pengeluar vitamin menggunakan bahan kimia untuk menyatukan sebatian vitamin. Tetapi berbeza di shaklee, penyatuan bahan-bahan mineralnya hanya menggunakan "pure water" i.e air tulen. Jom kite tengok perbezaan vitamin yang menggunakan kimia & vitamin semulajadi shaklee.Ujian yang akan dilakukan adalah dengan membakar kapsul vitamin ini untuk melihat tindakbalas kimia nya.





ok, melalui gambar di atas, dapat kite simpulkan bahawa, penggunaan bahan kimia akan menghasilkan  bau yang tidak enak & supplemen yang terbakar hanya kelihatan hitam sahaja. Tetapi, supplement semulajadi akan berbau tumbuhan dan terbakar hingga menjadi abu. 


Kajian 2- Tempoh larut dalam air

Adalah amat penting untuk memilih multivitamin atau supplemen yang mudah larut supaya ia tidak kekal di dalam badan terlalu lama dan menjadi toksin pula. Oleh itu Ujian yang dilakukan adalah dengan melarutkan kapsul didalam air bagi memastikan tempoh mas yang diambil untuk larut.




daripada dua ujian yang telah dibuat, membuktikan bahawa, vitalea shaklee memang vitamin semulajadi yang terbaik dimana ia hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk larut didalam badan.

Sebelum saya dah kongsi tentang kebaikan multivitamin. http://giefauziahvitashop.blogspot.com/2014/01/kebaikan-multivitamin.html?m=0

Jadi, tepuk dada tanya selera multivitamin manepilihan anda!! psst..khabarnya Tun Dr Mahathir pun mengamalkan vitalea shaklee tau, begitu juga keluarga white house Barrack Obama..so anda bila lagi???

Testimoni pengguna




Jom Order Vitalea untuk kesihatan seisi keluarga anda.Penuhi Nutrisi dengan Vitamin Semulajadi dari Shaklee.

Fauziah-Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/Wechat :0139822721
Email : giefauziah@gmail.com
Facebook: Giefauzieyah



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Search This Blog

About me



GIE FAUZIEYAH

Contact Me : 013-9822721
giefauziah@gmail.com
Read more >

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • ►  2023 (31)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (4)
    • ►  June 2023 (6)
    • ►  May 2023 (5)
    • ►  April 2023 (4)
    • ►  March 2023 (6)
    • ►  February 2023 (4)
  • ►  2019 (4)
    • ►  January 2019 (4)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July 2018 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  January 2015 (1)
  • ▼  2014 (50)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (5)
    • ►  April 2014 (6)
    • ▼  February 2014 (4)
      • METABOLISME DAN TIPS CEPATKAN METABOLISME BADAN
      • Kalori Tersembunyi: Fakta atau Auta?
      • Sabda Rasulullah SAW Tentang Anak
      • Promosi Vitalea Shaklee- Februari 2014
    • ►  January 2014 (26)

Popular Posts

  • ESP dan ALFALFA memang kombinasi terbaik!!!
    Gandingan terbaik ESP dan ALFALFA Alfalfa + ESP --> Milk booster untuk ibu menyusu Alfalfa + ESP --> Slimming,kawal berat badan dan d...
  • RESDUNG DAN SHAKLEE
    Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxi...
  • TIP MOTIVASI PENYUSUAN SUSU IBU
    Tips Motivasi Penyusuan Susuibu Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi i...
  • Multivitamin tertua, Vitalea : Testimoni pengedar Shaklee
    Poster di atas saya ambil dari majalah iSihat kisah tentang Vitalea, multivitamin tertua dunia. Tumpang bangga sbb multivitamin y...
  • Salam Maulidur Rasul
    Assalamualaikum,selamat pagi semua.. Salam Maulidur Rasul buat semua.Mari kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas Kekasih Allah t...
  • Doa pembuka 12 pintu
    Assalamualaikum dan selamat pagi.. “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesiha...

Label

VitaLea ESP Omega Guard ASID FOLIC Alfalfa B COMPLEX OSTEMATRIX MEAL SHAKE dealer shaklee Terengganu. COLLAGEN POWDER GARLIC Lecithin SET HAMIL SET SLIM Set Penyusuan Shaklee VITAMIN E CAROTOMAX Cinch Energy Tea HERB LAX HERBAL BLEND JOIN SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS VIVIX Vitamin Cinta internmittent fasting

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    17 hours ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    1 month ago
  • Better You Better World
    Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee
    2 years ago

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates